Thank You Kawan

ya.. kalau malam tadi aku sedih, menangis, sekarang aku dah boleh tersenyum. tersenyum juga sebab dia "si Pencuri". aku nak ucap alhamdullilah sangat sangat kat DIA.. DIA memang pandai merencana. aku bahagia kini. bukan sebab dia jadi milik aku tapi sebab dia sudi terima apa yang aku inginkan.

aku tak pernah pun inginkan cinta dia, aku cuma inginkan perhatian dia sebagai sahabat aku, sayang dia sebagai sehabat aku dan tanggungjawab dia sebagai sahabat aku. dan dia terima itu semua. dia kata okay. dan dia akan act like macam nothing happen between us.

ya.. tu yang aku nak..! haha apa korang kata aku gila sebab nak benda tu? haha actually, aku dah lama bersiap lah. sejak aku tahu aku suka dia lagi, aku dah janji, dia akan just jadi kawan baik aku, biarlah rasa ni aku simpan dalam hati aku je. sebab tu lah aku tak heran pun dia kata macam tu.. ya.. memang tak nafi, aku nangis lepas dia minta maaf tu. aku tak suka lah dia minta maaf macam tu. aku jadi bersalah sebab buat dia fikir sangat pasal aku, bukan niat aku. that's why aku tak mau dia tahu. tak nak dia ingat aku harap dia. padahal realitinya aku tak pernah pun nak harap dia. "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮   bukan sebab aku tak betul betul suka dia tapi sebab aku tak nak pun. aku dah janji dalam diri aku. aku tak kan pernah nak bercinta selagi aku tak capai cita cita aku. tu memang janji aku sejak azali. dan aku dah pun jujur kat dia pasal ni sebab tak nak dia rasa aku harap kan dia.

anyway thanks pada kau sebab accept apa yang aku minta tu. aku dah tak nangis dah.. dah boleh senyum. nampak nya hajat aku termakbul. kalau nak tahu aku buat solat hajat lepas kau cakap macam tu. aku hajat untuk SPM aku dan hajat supaya kau terima aku sebagai kawan kau sampai bila bila. DIA memang maha Pemurah.. DIA kabulkan doa aku. sungguh aku bahagia sekarang.

Kau memang kawan yang understanding lah. haha ni yang baik pasal kau ni walaupun aku tahu kau tu memang berlagak tahap cipan. haha aku harap kau tunaikan janji kau. kawan aku macam biasa dan lupa paal ni. aku harap sangat tunaikan janji janji kau. sekali kau mungkir janji aku lempang kau 88 kali kanan dan kiri.. berani kau nak mungkir janji dengan aku. haha

aku tak sedih dah ke? hehe tak..! aku bahagia. bahagia sebab dia kawan baik aku. terima kasih sekali lagi. tak tahu betapa happy nya aku kini. happy sebab apa? sebab dia kawan aku lah! haha kan aku dah kata dari awal dulu, hero yang dalam hati adalah ayah aku, Encik Abdul Hadi bin Yunus. Then, Mickhail bin Abdul Hadi, next Ralfael bin Abdul Hadi.. tapi sekarang aku dah up sikit.. ada lagi hero dalam hati aku. hehe siapa lagi.. kalau bukan Kim Beom aku dengan L aku. haha

haha that's why aku tak sedih sangat pasal ni, sebab aku kan still ada kim beom dengan L.. kalau dia orang cakap macam ni, sumpah bukan takat menangis macam semalam, tertonggeng tonggeng aku pun ada.. hahaha :D buat lawak bodoh pula aku ni,. mentang mentang bahagia. yelah, mahu tak bahagia Sharnaaz Ahmad retweet aku. hahaha okay lah aku nak pergi dating.. apa kau kata aku cepat cari pengganti? sibuk! suka hati lah. aku nak date dengan kawan aku dan kekasih aku dunia akhirat.. Faziera dan jumpa Syazwan..

by the way, aku harap sangat kalau semalam aku menangis, hari ini aku senyum, esok aku masih boleh tersenyum dan kalau boleh lusa aku harap aku akan gembira mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM aku. aminnn.. :)

Comments

Popular Posts