Tersenyum Kerana Mu

Mula mula aku melihat dia hati aku jadi sebak. otak aku berfikir soal adakah dia mampu berpura pura?
tapi otak aku tak dapat berfikir dengan baik, sebab aku terlalu leka dengan menangis kerana keputusanku.

dari pelukan sahabatku, aku dapat melihat dengan jelas dia di hadapan aku. aku tak mampu untuk tafsirkan apa yang membelenggu hati aku. jadi aku terus menangis dan menangis dalam pelukan sehabat sahabat ku.

dia betul betul tunaikan janji dia, Dia melayan aku seperti biasa. sepeti dia berkawan dengan teman temanku. alhamdullillah.. aku bersyukur. aku juga mampu untuk berpura pura. bukan berpura pura, memang itu yang sering aku lakukan menganggap dia hanya sebagai sahabat aku.

syukur kami sudah mampu berbicara seperti tiada apa yang pernah berlaku. Kau memang tunai kan janji kau. aku nak ucap terima kasih banyak banyak kat kau. Thanks sangat. sungguh kau memang kawan yang paling aku cintai.

cukup untuk cerita pasal "si Pencuri". aku agak nak ketawa hari ini. sebab rakan rakan atau lebih tepat jiran jiran ku Syafiq, Alif, Mona yang aku tak tahu apa nama sebenar dia dan ada lagi memberi aku sebuah senyuman atas kejayaan ku yang tak lah berapa nak berjaya. haha

aku nak tanya Alif soal keputusan nya, tapi tahu tahu je lah. Aku dengan dia bukan takat nak cakap, nak sua hidung ni pun tak mahu. Hampeh! so dengan selamba aku duduk dengan mereka. Dan kat situ ada Alif. =.=" apa kau nak? pandang pandang?

Masa dah tiba aku kena balik. Nak bersiap untuk ke masjid. Dan dia masih tetap sama, "Oi budak pendek yang gemuk macam arnab".. peh! selamba badak dia je panggil aku macam tu. cuba lah sekali buat aku happy sikit. sakit jiwa betul mamat ni. Dia gelak, dan dia tanya amacam kau punya result? aku pun bagitahu lah. dan aku tanya, "Alif?" Dia kata okay lah. Tak ada A pun macam Anis, yang ada B bersepah, C dan D." Oh, Okay lah tu! Kiranya kau dah usaha dengan bersungguh sungguh tau!

Alif buka cerita pasal Dino. Ya aku pun turut sedih dengan apa yang jadi pada kawan aku. Kini aku tahu kenapa slip Seni untuk Dino Tidak hadir. sebab dia tak hantar folio seni. Alif kata, ramai pun kena macam tu, Indra izzwan pun! so aku angguk je. Dia kata mesti Dino sedih kan? Syafiq bantai ketawa. "Bodoh! memang sedih lah! Siapa tak sedih!" tapi aku tetap selute Dino. english dia always A.. Dia memang speaking London. macam Adan. hahaha Sabar je lah kawan kawan lelaki aku ni. Semua nya nak A untuk English, untuk BM tak A pulak. Untunglah~ cakap Brazil.

Apa apa pun aku doa kan yang terbaik untuk kami semua. Setiap yang jadi mesti ada hikmahnya, Dan Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu menempuhinya. Aku harap kita orang semua ada masa depan yang baik dan cerah. aminnn.. :)

Comments

Popular Posts