Hari Ini

now, aku nak bagi ucapan rasmi aku yang tak berapa nak rasmi ni. mak aku kata hari ini ialah hari wanita. so aku nak ucap nya kat semua wanita wanita dalam dunia ni terutama mak aku. mama, selamat hari wanita ya. haha aku bangga betul dengan mak aku sebab dia dah berjaya menjadi wanita yang amat aku segani. yelah, dia dah berjaya besar kan aku lah katakan. mana tak nya, aku ni kan degil, mesti beban nak jaga aku sampai besar sekarang ni. hehe

and today aku tengok berita, ada mesin kek cawan. yang hebat pasal mesin ni tau apa? mesin ni macam mesin ATM tau. ada kat mana mana saja. and korang boleh beli kek macam korang ambil duit kat mesin ATM. hebat kan? kan bagus kalau Malaysia pun ada. tapi selalunya Malaysia akan lambat sikit dari negara maju macam Amerika ni. so aku tunggu.. haha

aku agak lega sekarang sebab aku dah berjaya pun dapat lesen L untuk kereta. and motosikal lagi seminggu. lepas ni aku kenalah berusaha lebih sikit kalau nak lulus ujian JPJ kalau nak dapat lesen P. bila dengar ceramah yang ramai calon terkandas time ujian JPJ tu takut gak rasa. tapi nak buat macam mana. demi nak dapat lesen kena lah jugak aku buat. lagi pun banyak benda lagi aku nak buat. that's why aku harap aku boleh settle benda ni before bulan empat. and hopefully aku dapat PLKN second badge bulan 5. amin.. so balik je PLKN, aku nak terus study.. harap harap dapat lah masuk Universiti tempatan dengan pilihan yang aku nak iaitu seni bina. aminn.. mudah mudahan termakbul.

dalam aku happy ni aku actually mula risau. aku risau dengan dunia kita sekarang. sekarang ni hampir seluruh dunia mengalami banjir. haishh.. dunia macam nak kiamat tau. and tambah aku taku bila baru baru ni mak aku mimpi yang dunia dah kiamat. dah la mak aku cerita waktu aku nak solat subuh. memang naik lah bulu roma aku time tu, sabar je lah.. so aku mohon sangat janganlah kiamat sekarang. banyak lagi benda yang aku tak selesaikan dalam dunia ni, and dosa pahala aku ni pun masih tunggang langgang. aku belum sedia untuk menghadap DIA.. sungguh, aku memang masih belum jadi hamba yang baik buatNya.. berikan aku peluang.. amin.. :)

Comments

Popular Posts