PW2

Baru sahaja beberapa hari lalu aku bertemu dengan kau. tapi hari ini aku sudah mula merindui kau seperti bertahun kita tidak bersua. agaknya ini yang rakanku rasa kerana terpaksa berpisah dengan orang yang mereka sayangi.

sungguh aku merindui kau. dan aku berharap sangat kau juga merindui aku. tapi aku yakin itu tidak mungkin. aku menahan rasa hati aku. aku menahan diriku. aku terlalu ego. aku ego untuk memulakan bicara sedangkan hati aku memberontak untuk memulakannya dahulu. jikalau aku terus menunggu kau, sampai kapan harus aku menderita. tapi aku tak mampu. aku terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kau. kau hebat. kau terlalu sempurna untuk di dampingi. aku memang tak layak. tak layak untuk berdiri bersama kau. berdiri belakang kau juga aku tak layak kerana kau memang terlalu hebat. hebat kerana mampu membuat seluruh tubuh aku kaku, menggigil hanya dengan melihat senyuman kau.

kenapa? kenapa hanya aku yang tanggung derita ini. kenapa hanya aku yang merindui kau. rindui lah aku juga sayang. aku mohon. rinduilah aku walau ia sekadar di mulut mu bukan ikhlas di hati mu. namun aku masih bersyukur. aku bersyukur dengan takdir Allah. kerana kau dilahirkan sebagai sehabat aku. sahabat yang sering dekat dengan ku. oleh itu aku masih mampu melihat wajah kau. aku masih boleh berpura pura untuk mendekati kau sebagai kawan. tidak perlulah aku terpaksa bersusah payah untuk mendekati kau.

tapi hati aku sakit. sakit kerana menipu kau. aku kata aku sayang kau sebagai kawan. kau ketawa. sedangkan hati aku menjerit katakan aku sayang kan kau lebih dari seorang kawan. kalau itu yang kau dengar dari mulutku, aku yakin bukan senyuman atau ketawa yang aku dapat tapi satu kebencian. aku tak tahu kenapa aku yakin sangat kau akan membenci aku setelah mengetahui isi hati ini. sungguh aku tak sanggup. aku tak sanggup untuk melaluinya. jangan benarkan ia berlaku, aku merayu jangan katakan kau benci aku walaupun hati kau sangat menbenci diri ini.

aku tak tahu, aku tak mengerti. kenapa dalam pertemuan ini aku terperangkap dalam jerat percintaan yang memang tak disangakakan. aku jadi lupa siapa diriku ini. aku betul betul telah hanyut oleh arus percintaan ini. tapi aku sedar diri siapakah diri aku ini. aku jadi bertanya pada diri aku, adakah aku harus teruskan cinta kan kau. namun dalam keharuan ini aku masih tetap menanti. menanti cinta ku dibalasmu walaupun dari awal aku tahu ia tidak mungkin.

Jiwa aku resah. bahagia atau kecewa kah aku akhirnya. sungguh aku takut untuk menempuh hari hari ku walaupun itu yang aku nantikan selama ini. jawapan. jawapan dari segala kepritan yang aku alami. pasti lah aku ingin kan kesudahan yang baik namun aku redha kalau kesudahannya tidak baik. mungkin itulah yang terbaik yang direncana olehNya.

boleh tak.. boleh tak kau tulis nama aku dalam diari hati kau. haha tak mungkin boleh kan. tak apa aku faham. haishh.. andai lah aku dapat memiliki kau. alangkah seronoknya. andai saja aku dicintai kau. alangkah  bahagianya hidup... sematkan aku dalam hati kau. ingat aku dalam doamu. tapi mampu kah kau lakukannya demi aku. tak apa lah aku akan tetap menunggu kau. walaupun terpaksa menanti lama lagi.

aku hanya berdoa semoga kau menjadi milikku. kerana mencintai kau adalah anugerah terindah buatku. aku akan terus menunggu kau kerana penantian ku merupakan ujian kesabaran buatku. semoga kau dan aku akan bersama satu hari nanti. walaupun masanya bukan sekarang.

aku akan tetap mencintai kau..
PW 2..

Comments

Popular Posts