Confuse lah Bang!

assalamulaikum buat yang muslim. Selamat Sejahtera buat yang bukan muslim.. :)

apa khabar korang semua? lama tak dengar khabar? haha poyo je.. okay.. aku nak minta tolong ni.. tolong lah aku sangat sangat. apa yang perlu aku buat sekarang ni? aku actually confuse habis habisan untuk pilih ke mana hala tuju aku lepas ni??

keputusan SPM aku bukan lah straight A pun. so mana aku nak gerak ni wei.. Pe! Nak masuk Matrikulasi? Aku nak masuk apa? aku nak jadi arkitek.. Tapi matrik cuma tawar Akaun atau Engineering. Okay, biar aku jujur. Aku tak mahu ambil akaun.. aku dah penat lah nak belajar imbang imbang ni. tapi macam masa depan aku cerah kat situ, haisshh... nak jadi lawyer pun boleh aku ni.. haha

tapi aku tak mahu, aku nak jadi arkitek.. so angkara aku confuse sangat, aku tweet dengan abang kesayangan aku yang tak berapa nak tinggi ni. haha Azril Azali.. siapa tak kenal dia.. Pakar kaunseling waktu sekolah SMK USJ 8.. haha cerita sikit serba serbi this bro.. dia ni, bakal engineer.. jauh betul dia study.. tu diaaa... kat tengah laut biru tu haa... hebat kan? em, baju yang dia pakai pun smart habis. smart gila. mana aku boleh beli? haha okay, itu je yang korang boleh tahu pasal dia. nak tahu banyak, search blog dia yang sememangnya banyak kisah jiwang dan menyayat hati. kisah budak sailorman lah katakan. hahaha

okay, dia mula mula minta aku fikir elok elok pasal apa yang aku nak. betul ke aku ni nak jadi arkitek, sebab lari course lah dik dia kata. hahaha tahu pun! tapi dia kata boleh tahan math hebat.. so ada peluang kat situ. tapi aku tanya lagi.. so how? nak gerak mana ni?

dia kata macam ni..

"betul ke yakin ni? sebab dah tak macam sekolah tau, boleh tukar tukar course sesuka hati. dah lah lari course.."

ya bang.. i'm serious..  lagipun kalau boleh tak mau ambil akaun.. em! yakin!!!

"then go for sarjana muda kat UITM tapi ini kena pass through interview dulu, its either kat uitm seri iskandar or shah alam.1 year foundation and 4 years degree.."

ohh.. kalau nak ambil diploma dulu then straight degree under fakulti seni bina pun boleh gak kan?

"boleh aje.. ambil yang adik rasa adik boleh. sebab orang pandai pandai pun kadang kadang ambil diploma dulu, lagi pun diploma sekarang boleh habis awal lah. bukan kena tunggu 3 tahun.. 2 tahun dah boleh habis.."

yelah.. adik bukan pandai mana pun..

"ada ke cakap macam tu.. ikut minat and kemampuan diri kita."

"better go for uitm jangan masuk matriks or stpm.."

tu lah kakak kawan kata matriks tu tough sikit..

"kalau tak yakin, masuk uni je.. plus kat uni adik akan belajar lebih kenal dunia. trust me. anyway, poli tu apply jugak.. bagus tu!"

poli pun apply.. semua apply.. coz Puan Jafna kata, kalau masuk poli, matrik, stpm, keluar pun sijil semua sama taraf sekarang ni..

"bagus lah macam tu. abang dulu dapat matrik and uni.. tapi masuk alam lah."

yeke? okay what. sailorman gitu..

"nak buat macam mana? masa pilih ikut hati tak ikut akal. alhamdullillah still survive.."

itu lah dialog aku dan dia.. kira kira macam tu lah.. tak akan nak copy cat seiras kot.. so sekarang aku dah yakin, aku nak apa.. aku akan try for foundation.. doa kan lah aku yang terbaik.. kalau tak ada rezeki aku harap dapat lah masuk uitm mana mana... doakan perjuangan aku ya.. :)


Comments

Popular Posts