Bila Hari itu Tiba

alhamdullillah ke hadrat Illahi.. satu bebanan yang aku tunggu selama ini akhirnya muncul juga. walaupun aku agak sedih kerana tak dapat keputusan yang begitu cemerlang tapi aku bersyukur sebab semua keputusan aku credit. mula mula dapat aku memang nangis tahap gaban. semua peluk aku, Shatul, Fatin, Michelle semua termasuk Andy.. sibuk je Andy ni. haha

Fatin kata, aku patut bersyukur. aku boleh dikira dapat result yang baik, sebab aku semua credit, tengok, ramai lagi yang dapat teruk dari anis, dia orang boleh terima kenapa anis tak? dia cakap, apa yang penting sekarang aku kena yakin yang aku boleh dapat course yang aku nak sangat tu. boleh ke dapat?

balik je rumah aku diam. ayah panggil aku bersembang. ayah tahu aku agak kecewa. tapi aku ada call Farah, apa yang dia A sama macam aku. ayah aku ketawa, kalau dah kembar tu tetap kembar. otak satu, hati dan jiwa pun sama.

ayah kata keputusan aku okay. patut nya aku boleh dapat lebih tapi sikit terkucil. kurang usaha lah tu. usaha nak jawab soalan tu kurang. aku angguk. ya la tu. ayah sempat kata satu yang ayah selute kat kau, Math kau. Kau memang sentiasa A dari upsr dan pmr. so kuat dah kat situ kalau nak jadi arkitek. aku just senyum. sungguh aku sedih.

Farah ada cakap, tak guna lah nak sedih, lagipun benda dah jadi. just bersyukur redha. so aku dengan Farah buat sujud syukur sama sama. di rumah masing masing, haha

aku khuatir actually. takut aku tak dapat apa yang aku nak. so aku cepat cepat laman http://esyarat.uitm.edu.my

ini yang aku dapat untuk syarat kelayakan kalau aku betul betul nak masuk Fakulti Seni Bina.


Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5)
kepujian termasuk Bahasa Melayu

ini untuk syarat am Universiti.


Memenuhi  SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat
kepujian dalam mata pelajaran:
    • Matematik / Matematik Tambahan
    • Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains
DAN
    • Lulus Bahasa Inggeris
SERTA
    • Tidak Buta / Buta Warna

dan ini syarat untuk program yang aku nak. aku harap sangat aku akan ada peluang untuk dapat apa yang aku inginkan.

okay dengan ini..

dengan lafaz Bismillah aku dan rakan rakanku akan menjejakkan kaki kami ke alam dunia baru yang lebih banyak dugaan.. semoga pintu kejayaan sentiasa di buka buat kami. aminnnn..


Comments

Popular Posts