Thank You Abang

"Maira tak nak kahwin dengan dia mak! Please~" rayu Maira pada ibunya. "Mak tak mampu nak halang ayah kau dari nikahkan kalian." pujuk Puan Rahayu sambil memeluk anak gadisnya itu. "Tapi mak, Maira tak cintakan dia, kenal pun tidak." kata Maira lagi. "Sayang.. Cinta bukan segalanya dalam dunia ini. Ia boleh diputik kapan pun. Terimalah dia. Mak yakin pilihan ayah pasti yang terbaik." pujuk Puan Rahayu lagi.

Hari yang paling ditakuti Maira akhirnya tiba juga.
"Maira.. Kau cantik sekali hari ini. Tapi aku ada surat dari Amran buat kau." kata Ida kepada nya.
"Amran? Kau jumpa dia? Mana dia? aku rindukan dia!" kata Maira dan mula menitiskan air matanya untuk kesekian kalinya. "Maira janganlah nangis macam tu. Nanti mak kau kata aku sengaja nak rosakkan make up kau." kata Ida lebih kepada gurau. dia tidak mahu temannya itu berduka di hari penikahan nya.

"Aku terima nikahnya Maira Arissa Hani binti Haji Aris dengan mas kahwin seutas gelang dan RM50.00 dibayar tunai."

Dengan sekali lafaz sahaja Maira telah sah menjadi milik Nafiz Danielle. sungguh tidak disangka perkahwinan terjadi tanpa dia kenal siapakah bakal suaminya.. opps! suaminya kini. hati Maira menjerit..

"Saya Nafiz Danielle bin Dato' Zakaria. Sekarang aku suami kau so kau kena dengar apa yang aku nak cakap. faham?" kata nafiz berlagak. 'Berlagak nak mampus gila mamat ni. aku sepak karang baru tahu!' marah Maira namun ianya sekadar di dalam hati. "Okaylah. Kenal kan nama kau dulu." arah Nafiz lagi. "Bukan tadi time akd nikah awak dah sebut nama saya.." kata Maira. "Yeke? Aku tak perasan pun." kata Nafiz dengan muka selambanya. "Ishh.. yelah yelah! Nama saya Maira. Maira Arissa Hani binti Haji Aris. Selamat berkenalan." kata Maira sambil menghulur tangan. lagaknya seperti baru pertama kali berkenalan. memang pertama kali pun!

seminggu telah berlalu. tidur juga berasingan. mulut asyik berkelahi. itu yang boleh aku gambarkan untuk perkahwinan ini. "Kenapa aku mesti berkahwin dengan kau! Rosak.. Rosak.." kata Maira ketika bersendirian. Air matanya tiba tiba jatuh tanpa dia sedari. sungguh dia tersiksa dengan ikatan ini.

"Oi minah! Berapa kali aku kata jangan usik barang barang aku terutama sekali perfume mahal aku tu" marah Nafiz. Dia sakit hati betul bila Maira telah memecahkan botol minyak wanginya. "Saya minta maaf, saya sengaja." kata Maira lalu membuat muka sinis. memang dia yang sengaja menuang perfume Nafiz ke dalam bilik air dan botolnya di pecahkan. jahat sungguh aku ni. "Aku tak kira kau kena beli baru untuk aku! Now!" jerit nafiz marah. Maira mula bergetar. tidak sangka Nafiz akan menengkingnya sebegitu hanya kerana sebotol minyak wangi.

Akhirnya kerana ego aku buat tak tahu je dengan dia. Botol minyak wangi baru telah pun aku gantikan. Bukan main lebar lagi senyuman dia. habis duit gaji aku. Tak guna punya lelaki. Membazir betul. Aku pun tak pernah guna duit aku samapai Rm500 sekdar untuk beli perfume. Annoying~ marah Maira. Tiba tiba dia jadi teringat kan Amran. Kemana kah hilangnya lelaki yang telah mencuri hati nya satu ketika dulu itu. dia tidak lagi mendengar khabar Amran selepas dia bergelar isteri kepada mamat selenga itu. tiba tiba dia jadi teringat akan seutas surat yang dikirimkan buatnya sebelum dia bernikah dulu. Dia bangkit dari sofa dan berlari ke kamarnya mencari kembali utusan itu.

Dia tersenyum tatkala sekeping surat sudah berada di tangannya.

"Buat kekasihku,

Abang betul betul kecewa kerana kita tidak di takdirkan bersama. Mungkin tiada jodoh antara kita. Tapi percaya lah diri ini akan sentiasa mencintai sayang sampai kapan pun. Abang ingin minta maaf pada sayang andai pertemuan sayang dan abang membawa sayang kepada jalan kesedihan. Maaf kan abang andai abang banyak melukai sayang. Abang cintakan sayang. namun Dia tidak mengizikan abnag untuk membuktikannya pada sayang. Abang yakin dengan pilihan ayah sayang. dia pasti ingin yang terbaik buat sayang. Abang tahu siapalah abang, Abang rasa ia lebih baik untuk sayang tidak bersama abang. Abang tidak mampu memberikan sayang apa apa kerana abang tidak mempunyai apa apa. Yang abang ada hanya lah secalit kasih dan cinta abang buat sayang. Sekali lagi maaf kan abang. Abang redha dengan ketentuaan Illahi. Abang sedia mengundur diri. Kini kalau sayang baca surat abang ini, abang mungkin sudah tiada lagi di sini. Abang bahagia kerana dapat mencintai sayang. Terima kasih juga kerana sayang mencintai abang. Abang betul betul bahagia untuk seumur hidup abang kerana mengenali sayang. Abang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan sayang di sana kerana cinta abang pada sayang akan tetap kekal di hati ini. Bahagialah sayang bersama suami mu..

Sayang,
Abang Amran."

laju air mata Maira, kini baru dia tahu kemanakah Amran pergi setelah dia bernikah. Pergi. Pergi untuk selamanya. Kenapa? Kenapa dia tak bagi tahu aku. Kenapa?

hati Maira kini betul betul kosong. Dia tidak tahu apa yang dilakukannya. Dia menyibukkan dirinya dengan kerja. Tanggungjawabnya sebagai isteri kepada lelaki kaya itu tidak lagi dilakukan. Dia begitu sedih dan dia juga sakit hati dengan sikap Nafiz yang sering mencari salahnya. apa lah dosa dia dahulu sehingga terpaksa menghadapi dugaan ini sekarang.

Nafiz mula runsing. Entah kenapa hati nya memberontak. Maira tidak lagi mahu melayan kerenahnya. Dahulu maira pasti akan membantah kalau disuruh namun lepas kejadian tu dia betul betul menyepi. Bukan hal itu dah lama ke? Tak kan dia masih marah kot. Kalau takat Rm500 bukan tiap bulan ke aku masukkan duit dalam elaun dia. haishhh!! aku memang tak pandai pujuk perempuan. Perempuan ni memang menyusahkan lah!

"Maira!" panggil Nafiz. Itulah pertama kali Nafiz memanggil isterinya dengan nama. Selama ini dia akan memanggil Maira sebagai minah. kejam sungguh. Maira sekadar memandangnya sekilas. "Malam ni, kau tidur atas, biar aku tidur bawah pula. kesian pulak aku tengok kau, nanti sakit pinggang, ngadu kat ayah kau aku dera kau." kata Nafiz selamba. Masih ada ego di dalam katanya. Maira terkejut. "Tak apalah. Saya dah biasa." kata Maira lalu terus tertidur di sofa. "kenapa? Kenapa? Apa dah jadi pada kau? aku. Aku tak faham.. Kenapa kau tak balas aku? " kata Nafiz bersendirian. Ditatap wajah isterinya penuh rasa bersalah. Salah aku ke? Lalu di selimutkan Maira perlahan. Akhirnya dia pun tertidur di sisi Maira.

"Allahuakbar!"
terkejut Maira. Dia hanya melihat Nafiz bersolat. Hatinya dipukul rasa yang tenang melihat suaminya itu. Apa rasanya ini?

seperti biasa air nescafe susu akan tersedia di meja makan bersama dua keping roti siap dibakar dan sisapu kaya. itulah rutin harian Nafiz. Dia tercari cari di manakah isterinya. Hatinya mula berasa rindu kepada isterinya walau sesaat pun tidak bertemu kini. Dia benar benar sudah jatuh cinta. Jatuh cinta pada isterinya.

Malam ini. Dia akan menyatakan perasaannya pada isterinya. itu lah niatnya. Dia harus.jujur dengan kata hatinya. takkan selamanya dia kena terus ego. so masanya dah tiba.

Maira dengan beraninya datang ke rumah Amran bekas kekasihnya. Dia ingin kan kebenaran. sesampai sahaja di halaman rumah Amran, dia disapa oleh ibu Amran. Mak Limah. Mak Limah atau senang dengan panggilan ibu sejak dahulu. "Ibu sihat?" tanya Maira lalu menyalami tangan tua itu. Wajah tua itu tergambar riak kegembiraan melihat kehadirannya. "Alhamdullillah.. Mari naik nak. Ibu buatkan air. Mari." ajak Mak Limah. Dia memang sudah menganggap Maira seperti anaknya.

"Ibu. Kehadiran Maira untuk dapatkan kepastian. Betul ke abang...." kata kata Maira tersekat di tengah jalan. Dia tak sanggup untuk meneruskan kata katanya. "Ya. Dia dah pun selamat pergi." hanya itu kata yang terkeluar dari mulut Mak Limah. Dia juga mula sendu menahan tangis. Betapa dia merindui anak bujangnya itu. Amran memang anak yang baik. Cuma kemiskinan keluarga membuatkan mereka tidak mempunyai apa apa. "Kenapa? Kenapa abang tak pernah bagi tahu Mai, ibu.. Kenapa?" Maira sudah mula menangis teresak esak. "Dia tak mahu orang sekeliling dia menyayangi nya kerana dia sakit. Dia tak mahu orang lain bersimpati terhadap nasib dia. Dia tak nak semua orang tersayang risaukan dia. Ibu harap Mai redha dengan pemergian Am.." kata Mak Limah. Dia sudah pun redha akan pemergian anaknya. "Mai.. Am ada pesan kat ibu. Kalau Mai tahu dia dah tak ada, dia nak Mai tetap bahagia macam selalu. Dia kata dia tak nak Mai sedih atau menangis tetapi dia nak Mai selalu tersenyum dan mendoakan dia di sana. Itu je Mai. Ibu harap Mai boleh tunaikan hasrat terakhir arwah.." pinta Mak Limah lemah.

"Maira janji dengan abang Mai tak akan lagi menangis atas kehilangan abang. Mai janji abang. abang sentiasa akan ada dalam hati Mai yang paling dalam. Mai janji. Mai janji abang sentiasa di ingatan Mai. Mai akan bahagia abang. Mai akan sentiasa doakan abang." janji Mai di hadapan pusara arwah Amran. Dia janji akan kembali seperti dulu. Semangat! haha

Malam semakin datang. Maira masih tidak lagi pulang. Nafiz mula runsing. Dia terus mencapai jaket nya dan kunci keretanya lalu keluar mencari Maira. Tiba tiba telefonnya berdering. Nama "IsteriKu" tertera. Cepat sahaja punat hijau ditekannya.

"Awak? Awak kat mana? Puas saya cari awak? Awak okay ke? Awak tak apa apa?" tanya Nafiz meluru. "Hei! Saya okay je? Tak mati kena baham rimau lagi. Awak. Jemput saya. Tayar scooter saya pancit lah." kata Maira. Senang hati Nafiz bila sudah mendengar suara Maira yang kalah petir tu. alah, ala ala manja gitu. hahaha

Sesampai saja Nafiz di hadapan Maira. Apa lagi. "Awak ni! Lambat ah. Penat saya tunggu." kata Maira mula membebel. Nafiz hanya tersenyum. "Awak ni dah kenapa? Tersenyum senyum macam tu? Menakutkan lah.." kata Maira membuat muka pelik. "Saya cintakan awak Maira!" kata Nafiz serentak memeluk tubuh Maira. Maira terkejut. tiba tiba hati nya dipukul satu perasaan bahagia. Dia tersa begitu bahagia kini. Sepeti tidak percaya apa yang diluahkan suaminya sebentar tadi.

"Awak.. ni Umum! jangan buat aksi SX pulak yek." kata Maira mula bergurau. Mula dah seperti biasa. "alah.. saya baru nak lebih lebih." gurau Nafiz. satu tamparan hinggap di bahu Nafiz. Nafiz mengaduh kesakitan dan ketawa.

Kini aku sudah bahagia bersama suamiku. terima kasih abang kerana mendoakan kebahagian Mai. Mai jugak akan selalu mendoakan kebahagiaan abang di sana.. :)


Comments

Popular Posts