Macam Macam Hal

beberapa hari ini, mood aku tak menentu. aku check kesihatan kat klinik pun tekanan darah aku menurun. doktor kata aku stress. aku senyum je. aku tak rasa apa apa pun. biasa je. mungkin lah aku tertekan sebab aku dah banyak kali ulang alik klinik and dah masuk hospital pun. sakit apa tak yah tahu lah.

 tapi aku tak kisah sangat dengan kesihatan aku. yang dalam fikiran aku ialah atuk aku. atuk aku makin sakit tenat. aku jadi khuatir gila bila tiap tiap malam atuk aku kena sesak nafas.. sedih kot. aku tambah sedih bila mak cik mak cik aku buat tak tahu je pasak atuk aku. dia orang masih kecewa sebab atuk aku kahwin lagi. bukan apa, aku boleh nampak atuk aku bukan layan sangat nenek baru aku tu. dia kahwin pun sekadar nak suruh nenek tu jaga makan minum dia, and kemas rumah dia. itu je. tapi kenapa mak cik mak cik aku buat atuk aku macam itu..?

aku tak mahu ada antara keluarga aku yang jadi derhaka. Ya Allah dugaan apa lagi yang kau beri kepada keluarga kami. cukup lah kesedihan yang melanda keluarga kami selepas pemergian nenek. aku jadi teringat arwah nenek. kalau nenek ada lagi kan bagus. mesti semua ni tak akan jadi. tapi tak mungkin. ah! buat apa aku nak ratapi pemergian nenek.. tak baik. lebih baik aku sedekah al Fatihah dan Yaasin. kan?

em, aku harap sangat masa boleh patah balik. kan best kalau Doraemon tu betul betul ada. pe! seronok habis! boleh aku pinjam laci merentas masa dia. aku nak sangat balik ke masa aku bersama nenek, masa aku dengan kawan kawan pergi sekolah dulu. alangkah bahagia waktu itu. dulu aku selalu tak hargai masa yang aku ada, tapi sekarang aku mula terkenang. memang tak bersyukur lah kan? haha

aku jadi rindu nak kena rotan. kena rotan dengan cikgu. kalau nenek, bebel je macam mama aku. tapi kalau ayah, kena sebat wa panggil. masih tak hilang parut sebat yang ayah tinggalkan untuk aku waktu aku sekolah rendah dulu. boleh kata time tu memang ayah marah besar kat aku. nak buat macam mana, aku memang nakal dulu. aku mana nak kawan dengan perempuan dulu. haha lawak! dulu bilik displin dengan aku, dah macam BFF wa cakap lu! memang aku selalu kena rotan and ayah mesti kena datang sekolah tengok aku. tapi alhamdulliilah, aku mula berubah lepas masuk sekolah menengah. dulu aku ingat kawan perempuan aku seorang je. NANA. haha kawan perempuan lain adalah, tu pun sebab sekolah agama. sekolah agama mana boleh campur lelaki sangat dalam kelas. duduk pun asing. haha

kini kawan kawan baik aku dah pun terdiri dari anak anak gadis yang jelita jelita semuanya. alamak! kembang lah tu kena puji semua.. haha aku bersyukur sangat ada kawan macam depa.. haha kawan yang dulunya selalu dibuli aku sampai nangis nangis pun dah jadi kawan baik aku sekarang. Farhana. haha dulu aku memang suka buli dia. jiran aku pun. dino. lelaki tapi kuat nangis. aku dulu degil jangan cakap, baling batu pun batu pecah. sekarang baik sikit kot. kot.. haha 

anyway, aku jadi berubah lepas kena kaunseling dengan arwah nenek aku. hehe semua mula sebab aku lari asrama. aku masih ingat ayat pertama ayah waktu terkejut tengok aku tiba tiba balik rumah pukul 3 pagi. 

"Hai! kenapa tak lari pergi jauh jauh? and kenapa balik awal sangat. gi lah disko dulu.." 

bukan main galak aku ketawa time tu. aku just cakap. 

"malas nak pergi jauh jauh, lagi pun dah nak subuh, baik tidur kat rumah lagi selesa."

ayah cuma geleng. mesti dia kata anak betuah! hahaha aku tahu dapat aku sebagai anak memang tak berapa bertuah. dah lah tak pandai, degil pulak tu. hmmm.. kadang kadang aku rasa serba salah sebab buat mama ayah sedih. tapi dh terlanjur aku ni anak dia orang so aku kena balas jasa mama ayah aku. aku janji akan belajar rajin rajin and kerja bagus bagus. bila kaya aku nak sampai kan hajat ayah dan mama nak pergi makkah. and hajat ayah nak buka pusat anak yatim. itu memang cita cita ayah sejak dulu. ayah selalu kata beri anak anak yatim makan besar pahalanya. tapi bukan pahala yang patut kita kejar tapi kebahagiaan bila melihat kegembiraan anak anak yatim tu. aku akan inagt benda itu sampai bila bila dan akan aku capai kan hasrat ayah tu. aminnn...

Comments

Popular Posts