Cinta Dalam Hati

hari yang baik. semalam aku masih sedih tapi alhamdullillah sekarang aku dah mula tersenyum. aku masih gusar soal dia, soal keputusan aku, tapi rakan rakan ku seperti tahu kegusaran ku. hari ini Michelle dan Kelly datang ke rumah kami. aku seronok betul. mahu tak seronok, mak ayah aku tak ada lagi, memang enjoy. hahaha

anyway aku dan kawan kawan dah rancang nak ambil result lewat sebab malas nak jumpa siapa siapa. anyway kata Adilah adik kepada salah satu kawan tersayang aku Izzat, dia kata kami dah boleh dapat majalah. tapi jangan terkejut sebab cover page memang buruk.. haha memang selama ni buruk sebab tak ada gambar aku. haha

okay.. aku dah rasa lebih lega sekarang. semua lepas kawan kawan aku buat aku ketawa. sedikit sebanyak aku lupa yang dia dah tahu kenyataannya. ni lah sebab aku tak nak dia tahu, aku memang lah kata aku tak harap tapi bila dia dah tahu dia buat aku jadi macam malas nak jumpa dia lagi, malas nak tahu pasal dia lagi.. tapi aku tahu tak boleh. kan dia kawan baik aku. emm..

tak apa lah esok hari keramat buat aku. penentu masa depan aku. Ya Allah aku harap sangat aku dapat keputusan yang cemerlang dan bawalah aku pergi dari segala masalah ni. aku betul betul dah tak sanggup nak berpura pura macam aku gembira padahal hati aku terasa sangat sakitnya. macam di tusuk dengan parang orang sembelih lembu tu. bukan main lagi.. drama habis.. haha

ya.. aku dah boleh senyum sekarang. aku dah ikhlas dengan apa yang DIA tentukan. Kini aku dah terima. aku yakin aku terima. aku harap esok aku akan gembira. Tolonglah. bagi aku peluang setelah aku tempuh macam dugaan kau selama ini. Ya Allah beri lah aku peluang untuk tunjuk kan kejayaan aku pada mak ayah aku. Sekali je bagi aku peluang untuk gembirakan mak ayah aku. Ini peluang terakhir aku sebelum aku betul betul pergi dari zaman sekolahku.

aku harap keputusan yang cemerlang dan aku boleh mengembara di negeri orang. mengenali ramai lagi ciptaan Illahi, mengerti erti hidup yang sebenar. dan jadikan kisah lama sebagai sejarah yang terindah. aku ingin pergi jauh sebab aku tak sayang kawan kawan aku family aku. tapi nak belajar erti hidup yang sebenar dan lupakan yang pahit dan cipta kenangan yang lebih banyak. kalau di beri peluang, aku nak sangat masuk Universiti dengan kawan perempuan aku. tak kisah lah Farah ke, Faziera ke, Fatin ke, Shatul ke.. yang penting salah satu mereka atau semuanya kalau boleh lah. haha

mereka dah banyak ciptakan pelangi pada aku, tak banyak ribut yang mereka landakan pada aku, bukan mereka sahaja yang akan aku kenang, Huda, Farhana, Izza, Haqqah, Arin semua juga akan sentiasa aku kenang dalam ingatan aku. sebab mereka dah banyak ajar aku betapa pentingnya persahabatan yang kukuh. betapa pentingnya sikap sabar di dalam diri ini untuk tempuh segala dugaan yang Dia kurniakan.

anyway. aku ada lagu nak bagi kat dia.. terakhir kali untuk dia.. aku harap sangat aku tak akan jumpa dia lagi lepas ni sampai aku betul betul lupa siapa dia pada aku. mungkin ni takdir antara kau dan aku. aku tak kan pernah lupa yang kau kawan kau. tapi aku usaha untuk lupa yang kau adalah orang aku cinta. cukup sampai sini kisah kau dalam hidup aku.. lagu ni aku bagi kat dia sebab itulah yang aku rasakan saat ini.

biarlah aku saja cintakan dia. biar lah aku saja pendam rasa ni. dan biarkan rasa ini terkubur dengan sendiri.. selamat tinggal kawan ku.. sungguh aku sayang kau kawan.. sayang sampai akhir hayat aku. terima kasih awak.. :)





Mungkin ini memang jalan takdirku

Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu



Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku



reff:
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja



repeat reff 


Comments

Popular Posts