Mula Berkenalan

untuk keberapa kali aku stalk account Facebook kau. selalu aku akan tahan supaya tak nak ada ada rasa sedih membelenggu aku. tapi kali ini.. aku tak boleh tahan dah. aku rindu gila kat kau. aku usha gambar kau. wah! ada new photo lah. gambar kau dengan family kau. baju melayu tu.. baju yang sama colour dengan aku yang kita pakai time hari guru last year.. PURPLE.. haha kelakar benda tak penting tu pun aku boleh still ingat. haha

wajah kau still berparut.. tapi aku tetap sayang kau. parut tu boleh hilang lama lama, tapi perasaan aku belum tentu hilang. kenapa mesti aku je yang rasa semua ni. kenapa tak kau je. atau biar tiada apa apa pun antara kita. lagi bagus kalau kau tu memang tak wujud pun dalam life aku. ahh! mulut aku je kata macam tu tapi hati aku.. hati aku tak boleh bohong yang aku sangat bersyukur kenal kau.. kawan dengan kau.

sahabat karib ku.
aku selalu tanya kenapa kau dipilih hati aku.. seksa nya jiwa.. uhh!

dulu aku selalu kata,

"macam mana lah orang tu boleh jatuh cinta kat kawan baik dia? apalah.. kalau aku tak akan sekali.. dah lah dia tahu perangai gila kita, then banyak rahsia kita kongsi.. so why kita nak jatuh cinta pada dia?"

tapi.. sekarang aku dah tahu jawapannya.. bukan sebab dia kawan baik kita.. tapi kerana rasa tanggungjawab dia pada kita. dia terlalu mengambil berat pada diri kita dan akhirnya kita yang terjerat dengan kabaikan itu. aku bukan malaikat. cinta malaikat hanya buat yang Esa. aku cuma manusia.. lmrah hidup.. manusia jatuh cinta pada hamba Nya.. tapi kenapa sekarang? aku tak mahu perasaan ini mengganggu keakraban antara ku dan dia..

yes.. i'm losing my mind when u are not around my best friend.. sebab tu aku yakin kini aku dah mula kenal erti jatuh cinta. apa salah ke aku jatuh cinta.. jadi kenapa cinta yang aku dapat begitu menyiksakan hati aku. aku cuma nak dengar dia kata "saya sayang awak.." walaupun akhirnya diakhiri ".... sebagai kawan saya." tak apa.. sekurang kurangnya aku tahu dia sayang aku. cukup.. itu sudah memadai untuk aku teruskan life aku. sebab memang dari awal lagi aku dah meyerah diri. yang aku tak akan berharap pada kau. sebab perkataan KAWAN BAIK yang sama sama kami pegang.

tak apa.. tak apa.. untuk aku terus menangis kerana kau. biarlah hanya Dia yang tahu apa yang aku rasa.. tak perlulah kau pun tahu, sebab aku tak mahu dengar kata "Maaf saya tak boleh terima awak." dari mulut kau!!!!

em.. apa lah akan jadi pada aku kalau kau pergi jauh dari aku lepas ni. dan berjumpa dengan gadis lain yang jauh lebih baik dari aku. sungguh aku tak sanggup untuk terima tu semua.. ya aku lemah.. aku lemah sebab hanya tahu menangis di sini dan berdiam tanpa lakukan apa apa. aku dah cuba.. cuba untuk bagitahu kau. tapi kau selalu ketawa dan akhirnya aku just kata "..sebagai kawan" dan kau membalasnya. aku tersenyum dengan air mata aku tat kala itu.. cuma kau saja yang tak tahu perasaan itu.

aku akan tunggu kau.. sebab aku selalu berharap kau yang pertama dan terakhir di cipta untuk aku. aku rasa aku tak salah kan untuk berharap. tapi hati kecil aku tetap kata aku salah sebab aku cemburu bila kau bersama orang lain. aku cemburu walaupun aku tahu kau sekadar say "HYE" kat perempuan lain walaupun ianya di antara kawan kawan kita, aku cemburu dekat kawan kawan aku. sebab kau selalu je nak berbicar dengan mereka tak kira di mana pun.. tapi aku.. kita sama sama ego dan tak bertegur. kau selalu cari gaduh dengan faziera, shatul, kau selalu baik dengan farah, huda.. tapi dengan aku. kau hanya akan diam di sisi aku.. tapi bila mereka tiada kau akan menyapa aku. tolong! tolong jangan buat aku keliru! jangan buat aku mengharap.. tolong. aku betul betul tak sanggup nak terima semua ni.

huh! aku tak nak mengeluh lagi sebab terlalu penta tunggu kau. aku taknak terus menangis sebab sakit hati bila terpaksa pendam apa yang aku rasa. aku just nak happy. happy macam kawan kawan aku, ini lah punca utama aku tak mahi jatuh cinta. sebab aku tak mampu.. aku tak kuat.. aku terlalu cepat melatah.. aku terlalu pantas untuk menangis.. tapi apa yang aku tahu, aku jadi macam ni bila aku mula kenal dia. aku jadi terkenangkan pertama aku kenal kau lah.. hehe

aku ingat aku memang kenal kau pertama kali waktu kita form 1. sebab kelas kau sebelah je class aku. senang je ak usha kau time tu, tapi aku tak pernah pun nak buat macam tu., yelah.. hati keras batu lah kata kan time tu. kecik lagi.. tak sangka form three kita sekelas. dan kisah aku dengan kau bermula. hehe

first day sekolah.. aku masuk class and aku nampak kawan aku yang lain. Fatin? Izza? Izzat? Adam? Syabil? Asyraf? Alia? Herod? and seada dengan tu lah. termasuk kau! kawan aku yang lain still kat kelas B, aku je yang turun C. aku nangis bagai nak rak time tu. tapi tak apa lah.. baru baru je sedih.. kau ni memang suka buat muka kan? haha aku tak berani sangat tegur kau. Fatin je selalu bebel dengan kau. yelah. dari form1 sekelas lah katakan. tapi tak sangka.. hari itu jugak aku cakap dengan kau.

aku kelam kabut nak panggil herod so aku pun tak pandang kiri kanan terus je bukak pintu kelas.. tak sangka pulak kau berdiri di belakang pintu tu. and memang sedap lah pintu tu cium kau. tepat kena muka kau. lagi lagi hidung kau yang tak lah berapa nak mancung tu. kau tengah sakit tapi aku boleh balun gelak lagi time tu. akhirnya aku gosokkan hidung kau gak. kesian. tapi time tu memang tak ada apa yang mampu menggetarkan jiwa aku ni. sebab ada batu tembok "NO FALL IN LOVE" dalam hati aku. hahaha

sejak itu aku mula kenal kau. dulu kau memang kurus.. kurus kering.. sekarang pun kurus tapi sudah agak berisi. and badan kau mula tegap bila kau berdiri tegak.. ya.. form zero become hero lah kau dalam hati aku.. aku suka kau waktu aku mula masuk form 4 tapi aku eheheehe "NO FALL INI LOVE" gitu lah.. and time raya boleh pulak baju kau sama dengan aku. and kawan paksa kita bergambar. nak jatuh jantung aku tat kalau itu. tpi kalau jatuh pun kau leh tolong kutip kan? hehe

makin hari kau makin disegani ramai. kau makin dikenali. makin disayangi ramai. aku masih ingat aku tolong kau nak tackle budak form1 tu.. time tu aku memang semangat gila tolong kau.. kawan baik lah katakan. tapi sekarang kalau kau mintak tolong aku macam tu, alamatnya memang menangis tertonggeng tonggeng lah aku jawabnya. haha

thanks awak sebab sudi kawan dengan saya. selamanya saya nak awak jadi kawan saya. kawan yang paling saya cintai... :)

Comments

Popular Posts