Harapan

Pertama kali aku tengok berita Awani dengan serius. Semua ni pasal ramalan dia orang tentang ribut yang akan melanda. see! baru semalam aku kata yang pasal kiamat tu hari ni dah ada sikit tanda buruk. apa nak jadi dengan dunia ni. adakah dunia sudah akhir zaman?

Ya Allah aku masih tak sedia lah.. aku ni jangan cakap dosa, memang aku rasa lagi banyak dosa dari pahala kot. jadi bukan sekarang. aku masih ada cita cita, aku masih ada harapan, aku masih ada mimpi, masih ada sesuatu yang harus aku tunaikan.. hmm.. sungguh aku takut untuk menghadapi sakaratul ini. fikiran aku bercelaru. aku kini makin bergetar getar. tak lama je lagi keputusan peperiksaan SPM aku akan keluar. aku harap sangat aku akan dapat keputusan yang cemerlang. 

andai aku dapat keputusan yang baik, aku nak sangat sambung belajar macam kakak kakak aku abang abang aku. dia orang semua nampak tenang je sambung study kat Universiti. semua pun sambung sampai degree. yaAllah aku pun nak jugak. supaya suatu hari aku boleh balas jasa mak ayah aku, and sekali gus capaikan hasrat mereka. mudah mudahan Allah merestui rancangan baik aku.

Masalah masalah. dari satu ke satu masalah lah kawan aku seorang ni. aku tak tahu apa yang dia beban sangat. dia ni memang mudah nak nangis dan latah kalau ada masalah. aku pun naik pening nak tolong. dari satu masalah jadi dua masalah. yelah mana tak nya, dari nak selesaikan masalah dia je, jadi dua sebab dia nangis. so kena cari jalan nak pujuk dia and selesaikan masalah dia lagi. sabar je lah!

dia kata dia tak tahu sama ada nak berhenti kerja atau tidak. hampeh! dia kata dia tak nak tapi mak dia suruh berhenti. aku pun pening, aku dah suruh dia berhenti je. bukan apa, tak lama lagi keputusan exam dah nak keluar so ini je time dia nak rehat. Mana lah tahu dapat PLKN lagi lepas ni. dah tak dapat nak rehat dah. so ini je peluang. 

em apa  apa lah kawan.. aku doakan saja kau. apa pun keputusan kau aku sokong. andai kau lakukan salah aku akan menegurmu. bukan kerana marah tapi kerana sayangku buatmu. :)

Comments

Popular Posts