Munif Isa Punya Pasal

sedang aku syok syok tengok BFF..




 dan syok sengih seorang diri tengok pakwe aku yang hero cerita ni.. alaa.. Munif Isa tu...





hehe ngengade.. nak letak banyak banyak gambar dia kat sini.. hehe.. tak boleh tahan.. comel sangat.. pe! jelous lah tu.. haha tak salah wa nak syiok sendiri.. ahaha :D

by the way nak story pasal sinopsis cerita ni.. korang kena tengok.. sebab jalan ceritanya sangatlah menarik.. nak tahu.? meh.. i cerita ye sayang2...

Iskandar dan Shahindah telah berkawan sejak kecil. mak dan ayah Shahindah sangat mempercayai Is dalam apa apa hal. so kalau ada apa apa masalah Sha gerenti minta tolong Is.

SPM dah tamat. ada satu part ni, Is bersungguh sungguh cari Sha sebab Sha tak balik rumah gara gara takut kena marah dengan ayah dia sebab dia dapat 9 A 1 B.. dan Is yang pujuk bawa dia balik rumah.. and lelaki yang pernah Sha suka tapi dah ada awek pun ternampak and rasa jelous.. entah apa apa je mamat tu!

ayah Sha tak nak lepaskan Sha ke UITM yang jauh. tapi Sha nak jugak. Dia nak capai cita cita dia nak jadi pereka fesyen. and Is dah pun berjaya nak sambung belajar jadi pilot.. wah! hebat!

akibat rasa kesian dengan nasib kawan baiknya. Is ambil langkah untuk mengahwini Sha untuk membebaskan Sha dari keluarganya. dan kerana ingin mencapai cita cita Sha menerima Is sebagai suaminya.

Akhirnya mereka sama sama ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita cita masing masing tanpa memberitahu sesiapa akan status mereka malah tinggal berasingan.

akhirnya Is, mula jatuh cinta kepada pramugari yang bernama Karmila. ini membuatkan Sha rasa sangat sedih. dia mula rindukan Is yang selalu mengambil berat tentang nya. dia betul betul sayang pada Is. tapi Is mengatakan penceraian kerana ingin berkahwin dengan Karmila. dan Sha redha. kerana dia sedar akan asal usul perkahwinannya.

namun hubungan Is dan Karmila putus sebab Karmila kahwin dengan seorang lelaki duda yang kaya.. kurang asam punya minah!!! aku benci tol part ni.. dah buat pakwe aku sedih tau!

sepanjang is sedih, Sha yang mendorongnya. dan kini dia telah jatuh cinta kepada Sha. Sha bukan lagi teman baiknya tapi teman hidupnya. namun masalah lain mula timbul apabila Sha mula mengenali seorang lelaki bernama Emran. Is mula cemburu.

so, kalau nak tahu Sha akhir dengan siapa tengok au cerita ni... hehe rasa nya korang dah boleh agak kot dia dengan siapa.. mestilah dengan .........


hahahaha :D 

so jangan lupa tengok... 


Comments

Popular Posts