Syukur

Alhamdullillah aku nak ucap dulu. kalau boleh berjuta juta kali pun aku sanggup. tak ku sangka tadi, aku lihat kawan baik aku S dan F berjalan seiring sambil bergurau gurau nak jenguk aku. rasa terkejut tapi cepat cepat aku tepis sebab tak nak buat dia orang rasa malu atau terasa. aku tahu dalam hati dia orang mesti sangat sangat gembira dapat kembali macam dulu. aku boleh nampak dengan mata kasar aku sendiri waktu kita orang masing masing tak bertegur sapa dulu. memang dalam hati nak kawan, tapi ego dalam diri menutup segala niat di hati. sungguh aku rasa sangat sedih waktu itu, tapi aku tahu Allah lahirkan ujian pada umatNya kerana Dia lebih mengetahui. dan kini inilah buktinya. kerana dia tahu kami mampu. mampu mempertahankan persahabatan kami. walaupun bukan pada masa yang singkat.

walau sakit macam mana pun aku dah terluka atau aku lukakan kawan aku, aku tahu setiap yang jadi tu mampu ajar aku dan didik kami semua untuk lebih matang.

aku bersyukur sangat sebab kami mampu melaluinya.. alhamdullillah..

kini aku lebih menghargai life aku. sebab aku dah rasa life yang sebenar. bapak aku ada cakap. sekarang aku dah kena pandai agihkan life aku. kawan aku. sebab aku ada life kerja, life enjoy atau life lain lain. kawan aku pun sekarang makin ramai. ayah aku kata, memang lah. itu bezanya dengan budak sekolah. kita ada kawan sekolah, kawan kerja, kawan baik. nanti nak masuk Universiti ada kawan U lagi. tapi setiap kawan itu adalah kawan terbaik buat kita so kita kena hargai semua sekali.

"So dengan ini aku akan sayang semua kawan lama, baru, akan datang aku dan layan dia orang dengan baik.. hehehehe selamat datang dunia berkawan.."

Comments

Popular Posts