Aku Dah Mula Penat

hari ini aku tunggu dia bersama tersayang. tersayang itu sahabat aku lah. salah satu sahabat yang paling aku sayang di antara mereka. aku berjanji akan bertemu dengannya di tempat dia bekerja tapi, entah kenapa Allah tidak mengizinkannya. Sahabatku tidak boleh pergi, kena duduk rumah katanya. aishh kacau!

akhirnya aku just duduk lepak cerita merepek merepek dengan kawan aku tu. kalau ada yang lain itu mesti lagi syok kami buat story karut.. cerita zaman batu pun boleh story detail. haishh..

so, aku try to called him. minta dia datang rumah kawan aku. yelah. dekat je dengan tempat kerja dia. tapi dia tak datang. memang dia sms aku kata tak dapat datang. kalau datang pun maybe lewat. tapi penat aku tunggu.. hahhh! rasa nak jerit je.. sedih gila kot.

nampaknya aku kena berhenti mengharapkan dia lah. lagipun aku dah mula penat lah. aku tahu dia bukan untuk aku. dan aku pun bukan untuk dia. dah takdir dia just kawan aku, so aku kena lah accept. emm.. dia kata busy.. busy tidur lah tu! haha

kenapa aku marah sangat ni. kenapa aku rasa sedih sangat ni. dia bukan boyfriend aku yang special sangat pun. dia just kawan.. kawan and kawan aku.. so aku tak payah nak marah sangat boleh tak??? uhh! tak dapat kawal perasaan dah..

by the way, aku masih harap dia untuk aku. :"(

aku doa yang terbaik untuk kami. andai dia bukan untuk aku, aku redha atas namaNya.. aku suka dia, aku cinta dia, tapi aku lebih cintakan Dia berbanding dia.

"Terima Kasih Awak sebab dah buat saya sengsara menahan rindu pada awak, menunggu awak.. "

Comments

Popular Posts