Dialah KawanKu dan LawanKu



nak cerita pasal seorang kawan dan juga lawan buat aku.
rumah dia sekangkang kera je dengan rumah aku. kot! haha selalu jugak lah aku terserempak dengan dia. dulu, mesti tak pakai tudung, sampai kena tegur dengan dia.. "Pakai lah tudung. kan lebih elok."

haha tapi zaman aku lupa pakai tudung dah the end. sekarang mesti pakai tudung nak turun walaupun sekadar tuala. nak tutup rambut lah kata kan. tak nak aku mati rambut aku tersangkut.. aishh.. dahsyat betul. setakat tutup kepala yang Allah suruh, tak de hal lah.. small the pieces..
nampak nya mamat ni betul betul buat aku berubah. hehe

aku menyampah betul lah bila jumpa dia. lagi lagi time nak pergi kedai. dulu time sekolah, mesti terpergi sama.. haish! mula lah! ada je nak gaduh dengan aku. manjang nak cari bahan je mamat ni. muka aku ada tanda "Cari lah gaduh dengan saya" ke??? mula mula dulu aku pernah nangis sebab dia.
dia lah mamat pertama buat aku nangis sebab kena ejek. rasa nak tenyeh tenyeh je muka dia dengan ikan masin! dah lah badan pun macam ikan bilis. cekeding nak mampus. tapi sekarang dah lali.. kalau dia ejek, aku kutuk dia lagi. haha aku kalau dah bab mengutuk dia memang hebat ah. tak terkira berapa patah perkataan doe.. haha

tapi walau macam mana pun, dia kadang kadang buat aku nak gelak je kat dia. dia akan cari beribu idea, just nak buat aku marah. dalam marah marah, aku selalu jugak balik sekolah dengan dia dulu. tapi jawabnya, memang sepanjang jalanlah kita orang bertekak. haha

walaupun dia selalu je nak gaduh dengan aku,pernah sekali tu dia buat baik dengan aku. itu pertama kali dia buat baik kat aku.

dia marah aku. memang kerja dia marah aku je. tapi kali ni, marah dia buat aku terharu gila. rasa nak peluk peluk je dia time marah aku tu. haha gila ke orang marah kita suka.

sebenarnya dia marah aku sebab aku jalan malam2 sorang2 kat tempat gelap. then ada bangla ikut aku. rupanya time dia ikut aku jalan senyap senyap sampai aku balik rumah. gila lah..! time itu aku rasa dia memang baik. memang tak nafi perangai annoying dia lagi banyak tapi sekali dia caring lupa aku terus kat perangai annoying dia itu.

aku pernah ajak dia jangan bertengkar lagi. tapi dia just jelir lidah kat aku. sakit lah hati.. sometime kalau dia buli aku, aku senyum, nanti dia cari bahan lain, sampai aku marah. dia memang comel.

pernah sekali dalam gaduh gaduh, aku ajak dia duduk dengan aku time seminar, dia okay je. haha lawak lah! then dia tidur, aku kacau kacau.. ahaha lepas tu bila otak dia dah okay balik, aku kena lagi, aishh.. selama aku berkawan dengan dia lintang pukang lah hiduo aku. tak tahu lah nak kata apa. susah betul lah nak berkawan dengan dia ni.

dia susah nak di fahami. aku kesian kat dia, sebab dia anak yatim. hanya dengan mak dia. sebab itu aku mula tak kisah kalau dia ejek aku. aku ingat lagi dia marah betul sampai nak belasah sorang budak ni sebab kata "bapak kau tak pernah ajar ke?"
aku nampak dia marah, and tumbuk budak tu, and terus bla.
aku cuba kejar time tu. aku senyap2 tengok dia. itu pertama kali dia nangis. tapi aku tak berani nak tegur. benda ni jadi time form1 lah. dah lama kot. haha sejak tu aku tak amik kesah sangat pasal dia ejek aku. asal dia bahagia aku happy.. :)

dia lah kawan dan lawan aku. sampai bila bila pun aku akan ingat dia.

kalau ada peluang, aku nak cakap thanks sangat kat dia sebab sudi jadi kawan dan lawan aku.

"Thank you awak. saya sayang awak. awaklah lawan dan kawan saya yang terbaik. teruskan cari gaduh dengan saya supaya saya tak rindu awak.."

Comments

Popular Posts