Bertukar Cinta

"Liya!" jerit Faiz kepada ku. dia lah rakan karibku dan dialah cintaku. "Ya Faiz? Awak panggil saya?" tanyaku walaupun sudah tahu. "So dah habis exam, awak nak keluar tak?" tanya Faiz. "Okay. Awak ambil saya dekat rumah esok ya." jawabku tanpa ragu ragu. Tuhan saja tahu betapa gembiranya aku nak keluar dengan dia esok.

esoknya. di Mc Donald.

"Saya actually nak bagitahu. Saya ada minat seorang budak perempuan ni." kata Faiz tiba tiba. dan tanpa aku sedar hati aku rasa sakit yang bagai menusuk kalbu. tapi cepat cepat aku singkap perasaan itu. tak nak bagi dia perasan. 

"oh.. so..? ce..ce..pat lah minta cpuple dengan dia." kataku walaupun sedikit getar.
"nantilah. baru lagi. nanti saya bagitahu awak kalau ada peluang." katanya lagi. aku sekadar tersenyum. hati aku remuk.

malam itu aku nangis seboleh bolehnya. tapi aku just kata pada diri aku, memang ini yang aku harus lalui sebab dia sekadar kawan baik aku, bukan kekasih aku. memang dia selalu ambil berat tentang aku, tapi ia hanya sekadar antara rakan bukan kekasih. aku tak mungkin boleh dapat dia. tak mungkin.

tahun baru mengajar aku erti hidup yang baru. aku bekerja di sebuah kedai makan yang agak besar. hari hariku mula sibuk dan aku tidak lagi memikirkan Faiz. sungguh aku seperti tidak mahu mengatahui tentangnya.

telefon ku berbunyi. 

"Hello.. Assalammualaikum.." jawabku.
"Awak. Kenapa dah lama tak sms saya. tak call? Facebook pun tak online. busy sangat ke?" tanya Faiz tanpa henti.
"Saya sibuk lah. Maaf lah tak dapat layan awak. awak kan ada dia." jawabku selamba. aku betul betul harus lupakan dia.
"Saya memang suka dia, cintakan dia. Tapi saya sayang awak sebab awak kawan baik saya dunia akhirat." kata Faiz jujur.
"hahaha Awak ni nak mengada ngada pulak. Dah lah saya pergi dulu. bye." pantas jariku menekan butang merah pada telefon bimbitku.

aku harus menjauhkan diri aku dari nya sejauh yang boleh.

"Awak! Nah! Khas untuk awak." kata Amir kepada ku. 
"Thanks. Sayang awak." kataku lalu mengambil makanan yang dihulurkan Amir.
"Sayang je?" tanya Amir.
"Tak boleh lebih lah, nanti Syila jelous." kataku lalu berlalu pergi. Syila suka pada Amir. Syila dan Amir kawan baru aku di tempat kerja. mereka seusia denganku. seronok berkenalan dengan mereka.

sebulan berlalu tanpa aku sedari. aku tidak lagi menghubungi Faiz. entah apa jadi padanya. sungguh aku sedih dengan situasi ini. kenapa aku mesti jatuh cinta pada sahabat karibku sendiri. kini aku begitu sukar untuk berbaik dengannya seperti pertama kali kami berjanji untuk bersahabat sewaktu form one dulu.

"Liya. Awak sudi terima saya? jadi teman awak, tak kira di mana pun, di tempat kerja, di luar, juga di hati?" kata Amir jujur kepadaku. 
aku terdiam. Begitu juga Syila. Aku mula takut. Syila. Dia ada di sebelah ku kini. Apa perasaan dia. Aku juga pernah rasa betapa sedihnya kecewa kerana mencintai seseorang yang cintakan orang lain. tapi hati aku tak boleh nafikan yang aku mula jatuh cinta dengan Amir walaupun aku cuba untuk berbohong.

"Kau accept je. Aku just nak bagi tahu supaya kau tak sedih. Aku dah jatuh cinta kat budak kitchen kita. Yang selalu sangat buat ku marah tu.. hehe.." kata Syila jujur.
terkejut aku bukan kepalang sampai nak tercabut rahang mulut aku gara gara nganga besar sangat. hahahaha 

akhirnya aku sah! sah jadi awek Amir. Amir memang tak hensem, perangai pun teruk, hisap rokok lagi tapi satu yang aku suka pada dia, dia tak kisah dan dia sangat memahami aku. kini dia lah kawan aku dan dia teman lelaki aku. sungguh aku tak sangka aku mampu berubah hati sedangkan aku dah lama cintakan Faiz. Allah memang maha Agung kerana ciptakan cinta yang begitu indah dan penuh liku buat aku. 

semoga cinta aku pada Amir akan kekal selamanya. 

"Woi! kau kan Balak aku, mana boleh suka suka ajak perempuan lain keluar berdua dengan kau." marahku.
"ha? Akhirnya awak tunjuk kan pada saya betapa awak cintakan saya ye.." kata Amir selamba.
aku sekadar tersenyum. 

memang lah aku cemburu sebab aku dah jatuh cinta pada kau.. Thanks Amir. 

"So kalau korang rasa korang dah lama sangat tunggu mamat tu, bla je lah, sebab buat penat je lah. kalau ada jodoh ada lah, kalau tak, tetap tak ada walaupun saling mencintai.. so percayakan jodoh dan takdir dariNya ye.."

Comments

  1. I appreciate the amount of effort you put into making this blog. Very detailed and astonishing piece of work. I hope that you can extend your work to a wider set of audience
    Lexus LS400 AC Compressor

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts