Dear kawan

Dear kawan,

aku rindukan kalian. tak kira siapa korang. yang pasti nama kau ialah kawan. aku rindukan masa kita bergurau, bergaduh, bertekak, berlari berkejaran dan segalanya. aku masih ingat waktu yang begitu suykar untuk aku lalui bersama kalian semua. aku terpaksa mengalirkan air mata aku kerana ingin kan persahabatan yang kukuh dengan kalian. aku tahu, aku terlalu lemah, terlalu mudah marah tapi apa boleh aku lakukan. aku ialah aku. hanya insan biasa. aku tidak selengkap yang kalian inginkan. aku cuma hamba DIA.

aku teringat di kala aku menjerit ke arah kalian. waktu itu Allah sahaja tahu betapa sakitnya hati aku kerana telah berkasar dengan kalian. hanya Allah sahaja tahu betapa aku bersalah kerana telah memarahi kalian. tapi aku sudah tidak mampu untuk menyimpan perasaan ini. aku terluka kerana terlalu mengikut rentak kalian yang terlalu ego padaku. aku tahu aku juga ego, tapi aku hanya berharap kalian sudi mendengar cerita aku walaupun hanya seminit. aku nak luahkan apa yang aku rasa.  bukan kalian saja yang aku fikirkan di dunia ini. jadi itu yang aku harapkan. aku cuma ingin kalian jadi pendengar aku.

aku mula tersenyum kini. kenangan kita bersama masih segar di ingatan aku. nampak nya yang manis lebih banyak dari yang pahit. baru kini dapat aku rasakan betapa bahagianya aku memiliki kalian sebagai kawan. terima kasih wahai sahabat sahabatku. sesungguhnya kalian amat aku sanjung tinggi. kalian bagai kan cermin buatku. sentiasa mengikuti rentakku, sentiasa melihat aku ketika aku melihatmu. kalian juga bagaikan bayangan aku. sentiasa setia mengikuti aku walaupun jauh aku berjalan. terima kasih kawan.

kawan andai aku kaya akan aku berikan kalian berlian yang mahal menandakan kasih aku pada kalian. andai aku ialah pencinta, akan aku berikan kalian sebuah cinta yang tiada harganya. andai aku seorang penyanyi, akan dendangkan kalian sebuah lagu yang sedap untuk kalian dengari. andai aku seorang angkasawan, akan aku kutip bintang bintang di langit untuk dihadiahkan pada kalian. namun aku hanya seorang kawan. aku tak mampu memberikan kalian apa apa selain keikhlasan dalam persahabatan ini. maafkan aku. maaf kerana aku tak mampu buat kalian berasa bangga denganku. namun aku berharap aku mampu menjadi kawan pada kalian. kawan yang sentiasa kalian ingati.

terima kasih pada zaman sekolah ku, kerana zaman ini mengenalkan aku pada insan insan yang bernama kawan. :)

Comments

Popular Posts