Hari Jadi Faziera...

Hari ni memang syok sangat sangat! mahu tak syok! Hari ni birthday kawan baik dunia akhirat.. haaa.. mesti nak tahu apa kami telah buat? Apa lagi kerja kan dia habis habisan lah...

taraaaa.....


Cun tak? hahha Aku tahu cun.. okay lah tu.. alaahh.. satu paket tepung dengan telur 3 biji je... yang lawak tu.. sepanjang jalan, telur tu dalam poket aku.. tapi aku relax je jalan.. macam tiada apa akan berlaku.. hahaha biasa orang PRO!

apa apa hal pun.. aku, Fara, shatul dah bersatu tenaga dan kehebatan kami.  untuk sediakan sebiji kek.. apa gelak gelak? tak percaya kan kami? kami mampu lah... ni bukti!



okay tak? hahaha aku tahu decoration dia terlalu comel sampai korang nak nangis.. tapi bukan itu yang penting actually.. bukan cantiknya yang kami nak beri pada sahabat kami.. tapi keikhlasan kami.. kami nak dia tahu kami sayangkan dia.. memang kami suka dengki dia, buli dia, tapi tanpa dia kami tak kan sempurna.. Kisah persahabatan kami berempat sangat unik, dan penuh dengan pelangi... Banyak rasanya yang kami dah berjaya lalui.. tapi aku yakin itu belum cukup lagi untuk buktikan kami lah sahabat karib selamanya...

Dulu ada cikgu pernah kata kawan tak kan kemana.. so tak perlu nak bersusah payah untuk berkawan kerana suatu hari nanti kita akan berpisah.. so, aku nak buktikan kat cikgu tu betapa pentingnya ikatan sebuah persahabatan yang suci ini.. memang ia sangat perit tapi manis nya lebih banyak dari pahitnya..

okay lah... by the way ucapan terakhir aku untuk si Lahir...

HAPPY BIRTHDAY FAZIERA.. AKU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAU.. AKU AKAN SENTIASA ADA UNTUK KAU, SEMOGA KAU SENTIASA BAHAGIA DAN AKAN KEKAL BAHAGIA SELAMANYA.. AKU SAYANG KAU NURUL FAZIERA BINTI FAIZUL RAHMAN.. <3

Comments

Popular Posts