Aku Keliru

adakah ini dugaan yang harus aku terima? tapi kenapa? apa hikmahnya YaAllah..

kenapa kau mesti muncul dalam hidup aku ketika ini? sedang aku terkapai kapai dalam laut cinta aku sendiri, kenapa kau muncul untuk tolong aku.. jawab wei! kenapa.? aku confuse.. aku keliru.. sumpah aku keliru.. bagai ditelan mati mak, di luah mata bapak..

aku tak nak pun kenal dengan kau.. tapi kau berusaha untuk cari aku, kejar aku. kau bagi aku harapan untuk terus senyum lepas aku betul betul kecewa dengan cinta aku.. kau memang suka berjanji ke? tapi kenapa janji kau buat aku ragu ragu pada kau.. sebab janji itu sama dengan janji kau pada kawan aku.. aku keliru..

kau kata kau kawan aku adalah kawan baik kau, dan aku cinta kau.. beza.. tapi kawan aku kata, segala janji kau pada aku adalah janji kau pada dia.. aku tak mungkin percaya sebelah pihak.. aku bukan hakim yang boleh tentukan kebenaran nya. tolonglah hentikan.. aku tak nak dengar kata kata korang dua! aku tak nak percaya pun kat siapa siapa.. yang aku percaya hanya DIA.. hanya DIA yang boleh bantu aku tika ini..

untuk aku kata Ya, tak mungkin. kerana hatiku masih ada orang itu dan aku ada kawan yang sering menarikku dari kau, tapi untuk aku kata tidak, aku tak mampu. aku tahu macam mana sakitnya hati bila kita dilakukan sebegitu. sebab itu apa yang aku alami kini. luka yang masih berbekas.. parut luka ini juga tak mungkin akan hilang kerana ia telah pun sebati dengan kulitku, darahku.

aku tak nak buat apa pun sekarang. Aku just nak jalani hidup aku seperti biasa. tolonglah.. tolonglah jangan ganggu hidup aku. aku rayu.. aku rayu pada kau..

andy...
kenapa kau janji kan segalanya pada aku..? aku tak tahu lah sama kau betul betul ikhlas atau sengaja untuk permainkan aku.. aku tak tahu apa yang kau akan dapat kalau aku terima kau.. aku tak habis fikir kalau aku bukan hati aku untuk kau.. apa kau akan buat lepas tu? kenapa? aku ada buat salah pada kau ke? cakap wei! cakap kat aku wei! aku buat apa kat kau sampai kau nak buat macam ni kat aku.. apa yang rancang sebenarnya.. apa kau nak ha?? apa kau nak!!!!!! jawab andy! jawab! jawab!!! kau menangis.. kau menangis lepas aku tengking kau.. adakah semua itu palsu atau benar.. aku inginkan kejujuran kau! tolong lah.. kenapa aku yang kau pilih untuk di tipu..! aku tak faham!

YaAllah... tolong aku.. aku betul betul perlukan kau.. sekarang.. tolong lah YaAllah.. aku harap sangat Kau akan sentiasa bersama dengan aku.. Bimbinglah aku Ya Allah.. tunjukkan aku jalan yang terbaik.. tunjukkan lah aku jalan yang patut aku lakukan.. aku akan lakukan nya andai kau yang tentukan..

 YaAllah.. Kau percepatkan masa.. aku rasa nak pergi PLKN tu cepat pulak sekarang. sebab kalau aku dah masuk kem nanti aku akan lupa dunia luar sebentar. aku akan lupa pada kawan kawan aku sebentar.. aku harap sangat 3 bulan itu akan menjadikan hidup aku seperti sedia kala.. tiada masalah kawan, tiada masalah cinta.. dan tiada yang perlu terluka kerana tindakan aku..

aku selalu harap before aku tidur, aku nangis.. dan kenang kenapa semua ni jadi pada aku? dan terus tertidur.. si bila aku bangun je semua tu hanyalah mimpi ngeri aku..

aku jadi serba salah, serba tak kena.. kenapa ni Ya Allah..? apa yang Kau berikan padaku sebenarnya.. madu atau racun, YaAllah? Tolonglah bantu hamba Mu ini.. Aku mohon..

aku perlukan teman berbicara, tapi adakah yang masih memahami aku.. tolong lah aku.. adakah yang sudi nak dengar cerita aku? masih adakah yang sudi.. Jawab lah! sesiapa tolonglah jawab! jangan biarkan aku ternanti nanti jawapan itu! aku perlukan seseorang untuk aku peluk, lepaskan segala kedukaan ini.. lepaskan segala bebanan ini.. tolong lah aku.. hadirlah seorang teman buat aku.. supaya aku boleh tenang sedikit YaAllah..

saat saat ini lah aku memang perlukan sahabat.. tapi siapa kah sahabat yang sudi terima aku, lagi lagi tika aku mengalami masalah.. aku jadi rindukan masa silamku... kenapa aku membesar? kenapa aku mesti jatuh cinta? kenapa aku mesti berkawan? kenapa mesti aku tidak kuat membantah? kenapa mesti aku terlalu mudah untuk menangis? kenapa? kenapa? kenapa? kenapa YaAllah.. tolong lah aku.. YaAllah.. aku betul betul sakit.. sakit hatiku terlalu pedih tapi tak mampu aku gambarkan bagaimana ia terus terusan menyiat jiwa dan perasaaan kau..

Kan indah kalau dia terima aku.. tak perlulah aku kenal insan ini dan mendengar kata hati dia tiap saat.. tak nafi dia memang kawan yang baik.. aku hormat dia, aku mula sayang dia.. aku juga terlalu sayang sahabat karibku.. dan oleh itu aku akan terus berdiam di sini tanpa ikut kat sesiapa pun antara kalian.. aku akan terus berdiam diri dan membawa diriku pergi.. Terima Kasih atas timbulkan permasalahan ini.. terima kasih kerana kalian dah buat aku menangis dan kecewa... sungguh aku sayang kalian semua.. :')



Comments

Popular Posts