Warkah

Awak,

Assalammualaikum. Saya harap awak sihat sihat je. saya betul betul rindu awak sekarang ni. tidur saya tak lena setiap hari sebab teringatkan awak. kenapa awak sanggup buat saya kecewa.. awak lah putera hati saya. awak lah kawan baik saya. awak lah teman sejati saya. awak lah kekasih hati saya. tapi saya sedar, saya sekadar orang biasa pada awak. saya tahu saya cuma perempuan biasa di mata awak. saya sedar semua itu.

salah saya ke wak kerana jatuh cinta pada awak. kalau betul itu salah saya, saya minta maaf sangat. saya tak akan kacau hidup awak lagi kalau awak tak suka.. saya janji.. tapi dengan syarat, benarkan lah saya cintakan awak. boleh tak??

saya tahu permintaan saya ni keterlaluan, tapi itulah yang saya ingin kan. salah ke saya minta macam tu. saya... saya sekadar perempuan biasa je wak.. yang senang terluka yang mudah menangis. kan seronok kalau awak mampu lap air mata saya. tapi saya tahu itu mustahil. sebab awak bukan untuk saya. awak hanya untuk dia. seseorang yang akan muncul dalam hidup awak yang mampu membuatkan hati jejaka awak bergocak. bukan saya. saya sekadar kawan awak je kan? haha

saya ni memang ego. sebab saya nak awak seorang jadi milik saya. saya nak awak tanpa berkongsi dengan sesiapa. tapi saya dah redha. saya kena lepaskan awak kalau awak kata awak dah mula jatuh cinta dengan seseorang nanti. sebab tu saya tak pernah berharap. tapi thanks sebab selama ni awak dah ambil berat pasal saya walaupun sikit. thank tau!

emm.. awak, kan seronok kalau awak boleh jadi kekasih saya walaupun sekejap. saya cuma nak rasa bahagianya ada orang yang sayang kan kita. itu je. tak apa lah.. saya tahu tak boleh. tak payah cakap, saya dah tahu. itu just angan angan saya je. awak ni dont take it serious ye..

awak janji ye dengan saya awak akan jadi kawan baik saya sampai bila bila. sebab saya betul betul sayang pada awak.. sayang yang amat sangat..

terima kasih awak..

Comments

Popular Posts