Bengang!

menyesal pun dah berguna. benda dah jadi.

itulah orang selalu je cakap macam tu. padahal kita boleh memperbaiki nya supaya menjadi sedikit baik kan?
aku pelik kenapa lelaki before dapat, pijak semut pun tak mati ha? time mula mula kenal.. ayat semua baik baik je, bila dah dapat.. okay aku faham.. sayang awak, cinta awak sampai mati. tapi kenapa lepas sebulan???? jadi haru???

aku tak tahu lah. tapi ini yang aku dapat kaji tiap kali aku tengok kawan aku bercinta. dia macam orang tak tentu arah je. perpisahan yang dia alami sangat mengganggu jiwa aku. aku serba salah tak membantu. tapi aku.. aku jahil soal cinta. sebab aku juga tak mampu untuk dapatkan cinta yang selama ini aku kejar. huh~ mengeluh dan terus mengeluh. fikir dan terus merancang. tapi Allah yang tentukan segalanya.

kesal dan sangat kesal dengan insan yang bernama lelaki. tapi sayang pada insan itu kerana tanpa mereka tidak lah kami diciptakan. kerana kami adalah sebahagia tubuh mereka. ah!!!!! kalut lah dunia ni!

aku jadi sebak bila tetiba aku dapat sms dari kawan aku. dia kata dia rasa nak peluk aku sangat sangat, nak jumpa aku, nak jerit kuat kuat. rasa tak nak hidup lagi. tapi aku tak mampu pun nak terus hadir pada dia waktu itu. beribu sesalan timbul dalam hati aku. aku tak mampu nak buat apa apa. aku serba salah. maaf kan aku.

walau macam mana pun aku akan tolong kau kawan!

emm, jujur aku kata aku menyesal gila terima lelaki itu jadi pasangan kawan aku! memang dari dulu aku dah kata dengan kawan aku fikir dulu, tapi apa boleh buat dia dah terlanjur terima cinta itu. sekarang air mata yang mengiringi cinta dia.

kenapa kenapa hati aku sakit, bila dengar bicara lelaki itu dengan sunnshyne.. aku rasa macam nak genggam penumbuk ni dan lepaskan kat muka dia sekuat kuat hati aku supaya dia rasa betapa sakitnya hati aku dan kawan kawan aku.

tiba tiba aku rasa nak jerit je.. nak jerit woi semua lelaki! stop dari kacau kawan aku! korang ni semua memang menyusah kan lah! yelah! masalah ni tak selesai, sekor lagi muncul nak balik semula! apa kes ni wei! dulu kau buang kawan aku, sekarang??? jangan jadi bodoh, dah luah jilat balik..! arghh! lagi sekor jugak! kau dah tau kawan aku ni awek kawan kau yang kau nak dia jugak kenapa??? dah tak ada perempuan lain lagi kau nak rebut! ishh! kat luar tu ramai lagi yang lebih perlukan kau lah!

aduh! hidup kami baru je nak mula, tapi macam macam rintangan pula yang kami kena tempuhi.. yaAllah kuatkan kami.

Comments

Popular Posts