Bila Maut Menanti

pernah ke korang terfikir macam mana kita bila nak mati?
semua orang selalu teringat soal mati bila korang tiba tiba dapat berita ada orang terdekat meninggal tapi tahu tak korang bila masanya korang akan mati?  bukan nak takutkan tapi mengingatkan..



orang selalu kata ada tanda tanda nak mati.. macam..

100 hari sebelum kematian

benda ini antara korang sedar atau tidak je tau.. ini yang aku ingat lah ustaz aku ajar.. lepas waktu asar, seluruh badan kita akan menggigil.. tapi selalunya semua tak perasan sebab mesti korang ingat sejuk lah apa lah. kan?? kan?? kan??

60 hari sebelum kematian



lepas je asar, korang akan rasa pusat korang bergerak gerak.. memang aku gelak waktu dengar dulu. tapi apa boleh buat, dalam pelajaran.. angguk je lah! bahagian pusat mula berdenyut denyut. dengan ini gugurlah daun yang tertulis nama kita di padang arash Allah swt. maka malaikat pun mengutipnya dan membuat persediaan ke atas kita. antaranya dia akan sentiasa mengikuti kita dan menampakkan wajahnya pada kita. jika ia berlaku kita akan sekadar bingung.

7 hari sebelum kematian


yang ni lagi lah.. gerenti korang tak perasan.. iaitu mengidam makanan.

5 hari sebelum kematian


anak anak lidah mula bergerak gerak

2 hari sebelum kematian


seluruh dahi terasa bergerak gerak.

1 hari sebelum kematian


seluruh ubun ubun terasa bergerak gerak.. mungkin akan pening pening kepala. lagi lagi antara waktu subuh hingga asar.

saat terakhir sebelum kematian

terasa sejuk di pusat sehingga ke tulang belakang.

so bagi korang yang dah rasa tanda tanda ini, cepat cepatlah bertaubat. tapi nak ingatkan tak semua orang akan sedar tanda tanda ni semua. hanya orang orang yang terpilih saja akan sedar. jadi seeloknya kita hargailah setiap masa yang Allah berikan pada kita.

AlFatihah buat semua muslimin dan muslimah yang sudah pergi terutama keluarga keluarga kita.

Al Fatihah~



Comments

Popular Posts