DoaKu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut pada namaMu,
agar aku tidak terjatuh
ke dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rahman,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya buatMu,
Agar bertambah kekuatan ku
untuk mencintaiMu.

Ya Rahim,
Jika aku merindui seseorang,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya Aziz,
jika aku menikmati cinta hambaMu,
janganlah kenikamatan itu
melebihi kenikmatan
betapa indahnya  beribadat kepada Mu.

Ya Rabbana,
Jika aku bersedih,
kerana seseorang menjauhiku,
Kuatkanlah hati dan keimananku,
Agar aku tidak jauh dari kasih sayang Mu.

Amin Ya Rabbal Alamin...... :)

Comments

Popular Posts