Sekian Kalinya

andai aku ialah seorang lelaki dan kau seorang gadis akan aku pinang kau jadi suri aku. tapi malang nya aku ialah gadis yang lemah, dan kau jejaka yang hebat kerana talah menggetar kan tembok hati aku yang keras. memang lah Nabi Muhammad SAW dulu dilamar oleh isterinya Khadijah tapi aku tidak sehebat Khadijah. aku sekadar gadis biasa. gadis yang penakut. yang cuma memendam perasaan ini.

yelah! sungguh tak mungkin untuk aku bagi tahu kau yang aku terlalu sayang kau. ialah siapa lah aku untuk mengharapkan cinta kau!

kan best kalau masa itu boleh berputar balik ke masa dulu. aku nak sangat waktu dan saat kau duduk dengan aku, sembang dengan aku sampai kita lupa sekeliling kita itu kembali menjadi milik aku lagi. sungguh! aku rindu saat kau ketawa mendengar cerita aku. betapa aku rindu untuk rasa getaran di hati aku tat kala kau mengambil tempat disebelahku dan mula berbicara.

nampaknya cinta aku pada kau hanya sekadar di dalam hati, kerana sampai kapan pun aku tak mampu untuk luahkannya. aku terlalu takut untuk terima cinta orang dan hati aku juga terlalu takut untuk meluahkan rasa cintaku pada kau. mungkin ini lah takdir yang telah Dia tetapkan pada aku. cintaku pada kau sekadar di dalam hati.

mungkin ini memang jalan takdirku, mengangumi tanpa dicintai, tak mengapa pada aku selagi kau bahagia dengan hidup kau. telah lama aku pendam perasaan ini, menunggu kau menerima aku.. tapi.... tak mengapa lah. mencintai kau saja sudah cukup membahagiakan aku. cuma aku sekadar nak kau tahu aku kat sini sentiasa tunggu kau..! sentiasa menanti kau untuk menghulurkan kasih kau walaupun sedikit.

kata hati aku kata tak nak lepaskan kau, tapi mulut aku kata, aku redha andai kau bukan milikku. aku keliru! sungguh aku buntu memikirkan perasaan ini. aku tak sanggup lagi nak tanggung perasaan ini seorang diri. kenapa kau ni bodoh! tolol! kenapa?? kenapa kau tak boleh perasan pun perasaan aku pada kau! kau ni buta hati ke?? aku tahu lah kau pernah kecewa kerana cintakan budak mentah itu. huh.. sungguh aku tak sangka aku yang telah kau untuk dapatkan gadis itu dulu. tapi itu dulu. sewaktu aku tidak mengenal erti cinta. alangkah seronoknya kalau perasaan itu kekal selamanya. perasan antara sahabat.

emm, aku nak kau rasa betapa besaranya cinta aku pada kau. tapi bagaimana untuk aku buktikan. perasaan ini tak mampu untuk aku gambarkan dan alihnya ia sekadar sepi di dalam hati aku tanpa di luakan.

selamanya. selamanya aku berharap kau adalah yang pertama dan terakhir untuk cintai. aku tak sanggup lagi nak derita untuk kesekian kalinya. aku tak mampu lagi nak jatuh cinta andai ia menyiksakan batin dan naluri ku.

kau memang hebat lah kawan. kau hebat sebab kau dah buat aku jadi macam ni. hati ku milik mu, tapi hati mu tak layak untuk aku miliki. alangkah indah andai kau hargai cinta kurnian Illahi ini. kau hebat! syabas! kerana kau telah memberi aku sejuta pilu, sejuta sakit, sehingga aku terpaku.

di sisi kau aku sekadar diam dan berlagak biasa, tapi tahu kah kau betapa laju nya getaran di dalam jiwa aku. betapa pantas nya jantung aku berdengup.. ya! aku jatuh cinta pada kau!

tak mungkin untuk aku terus lupakan perasaan ini. ia nya sakit untuk di telan tapi sukar untuk aku luah sebab aku tak sanggup. sakit sangat untuk aku pendam perasaan ini tapi untuk aku cuba luahkan cinta aku pada kau, ia sememangnya mustahil. hati aku yang dulunya setenang lautan mula bergelora segelora ombak pantai.. semua sebab kau.. just because of you.. kenapa kau buat aku macam ni? aku terluka lagi untuk kesekian kalinya kerana kau. tapi aku tak pernah mempersalahkan kau kerana aku tahu kau tak sengaja. kau tak tahu pun. sebab itu tetap mencintai kau walau pun hati aku sering menangis.

terima kasih kerana kau telah membuat hari ku sepi tanpa kau, terima kasih kerana menggetarkan jiwa aku, terima kasih kerana menghentikan lafaz aku tika melihat kau, terima kasih kerana turunkan air mata ku kerana rindukan kau.. akan aku coret segala kenangan bersama kau untuk di jadikan kenangan yang terindah buat hidupku ini..

akhir ayat ku..

aku cinta kan kau..

Comments

Popular Posts