14 Februari 2012

hari ini sangat bererti buat aku. aku terlalu gembira sampai kan aku tak mampu nak senyum selebar mana lagi tah. haha

dia betul betul tunaikan janji dia. dia serious datang dan cari aku. dia ada datang semalam macam yang dia janji awalnya. tapi dia lewat 10 minit. aku dah balik time tu.. tapi dia sanggup datang lagi at the next day. aku tak sangka sangat. mula mula aku sekadar nampak B. senior aku tu. dia tersengih sengih depan aku. aku pun jerit! B!!! dia tersenyum. aku kata buat apa kat sini? break? seorang? bertalu talu soalan aku bagi kat dia. dia kadar. ya.. seorang. aku pun oh.. then dia kata, ada hadiah untuk pelangi sempena valentine day walaupun kita tak sambut. aku pun gelak gelak. and mana?? dia tunjuk belakang aku.

dia.. dia.. lelaki yang mampu menggetar kan jiwa aku. dia lelaki yang paling aku tunggu. kenapa?? kenapa dia ada kat sini sekarang?? dia.. ahh! kalut nya hati aku time tu.. aku just kat hye awak.. and dia kata, kenapa awak tak ada semalam..? puas saya cari satu kedai. aku gelak.. pukul berapa awak datang? dia kat 7, aku gelak.. dia marah. okay.. okay.. maaf.. saya balik dah.. pukul 6.50.. awak lewat 10 minit lah.. dia kata patut lah. aku kata maaf ye.. dia kata, marah ni, haha tak ada lah. so aku pun sembang sembang dengan dia. B dsh pun tinggalkan kita orang dua. kenapa masa tak berhenti je time tu. aku suka sangat tengok dia depan aku. aku rasa selamat. aku rasa tenang. walaupun muka dia tak begitu tenang untuk di tengok. ye lah! calar balau..! mesti sebab kesan accident tu. parut dia tak hilang macam kesan cinta yang dia lukis dalam hati aku. tak mampu untuk dipadam atau di hilangkan kesannya.

masa macam mendengki aku. aduh! dia pergi kerana ada tuntutan yang memerlukannya. waktu dia pergi, rasa nak nangis je. macam mana aku tak nangis, kalau dia pergi dengan bawa hati dan jiwa aku sekali. kenapa dia nak bawa benda tu sekali dengan dia. ahhh! di dah curi hati aku! jahat nya dia! by the way, esok ialah hari terakhir dia bekerja. agak agak dapat ke aku jumpa dia lagi lepas ni.. ish.. kalut sungguh aku ni.. jangan nak banyak fikir sangat ye pelangi! hahaha :D

tapi aku sedih juga hari ini. sebab hari ini mungkin hari terakhir aku jumpa dengan sir aku yang tersayang. dia akan pindah ke outlet lain. aku akan rindu dia sangat sangat. aku sangat baik hari ini. aku lipatkan love untuk semua orang. hahaha tapi untuk sir, aku bagi dia love tu dengan satu lolipop. lolipop terakhir dari aku. aku akan rindu sir sampai bila bila. dia lah sir tercomel pernah aku jumpa. aku sayang dia. dia dah macam abang, boyfriend, sir, kekasih aku. hahaha lebih lebih pulak.

anyway, sangat happy bila sir kata thank you awak, saya sayang awak lepas dia ambil lolipop and love tu. dia kata, wah! syoknya, siapa ada love. aku kata itu lebih je, saya bagi lah, and sama sama saya pun sayang S.. hahaha dia pun merajuk lepas tu. tapi dia senyum balik. kata thanks buat dia happy waktu hari akhir dia. aku happy bila dengar tu. kepada sir jugak.. thanks buat hari saya indah, buat saya rasa nak jadi stalker bila sibuk duk usha sir lagi lagi bila sir lalu depan guardian.. haha :D kantoi dah~

by the way, hari ini ramai orang bila condom. hahahah sungguh tak tipu. perempuan yang beli pun ada.. sangat pelik.. haha apa apa lah. janji aku tak buat dosa yang bukan bukan.. so inilah kisah aku today.. thank 14 februari 2012, kau dah bagi aku macam macam kisah hidup today.. :)

Comments

Popular Posts