Nenek

beberapa hari yang lalu, aku telah menjenguk kubur arwah nenek ku. rasanya baru semalam dia pulang ke rahmatullah. aku rindu betul dekat arwah nenek. hati aku betul betul sebak setibanya aku di tanah perkuburan. sepanjang perjalanan aku, aku bacakan al fatihah buat arwah nenek.

kini aku baru rasa kehilangan. aku tak pernah rasa betu betul kehilangan sebelum ni. sebelum ni memang aku dah hilang kawan, and saudara mara tapi entah kenapa pemergian nenek memang beri aku kesan yang sangat dalam. tiap kali nama nenek keluar, aku rasa macam nak menangis. air mata kau tiba tiba rasa nak turun.

nenek pesan, jangan tinggal solat. itu lah pesan nenek yang sentiasa aku ingat sampai sekarang. dunia. dunia selalu buat aku alpa tentang perintah dan tugas yang Dia beri padaku. tapi alhamdullillah, pesan nenek sentiasa di samping aku. bila aku pejam mata dan ingat wajah terakhir dia, aku rasa dia betul betul berada di sebelah aku time tu. rasa macam nak je peluk dia erat erat time tu tapi aku tahu itu sekadar mainan perasaan je. tak mungkin lah nenek akan duduk sebelah aku, peluk aku, marah aku lagi seperti dulu.

kalau di beri peluang, aku nak sangat pimpin tangan tua nenek dan bawa dia jalan hingga ke seluruh dunia supaya dia tahu betapa aku sayang dia. tapi angan angan tu akhirnya terkubur bersama arwah nenek. Arwah nenek tak mungkin akan kembali lagi.

Senyuman nenek yang terakhir sentiasa aku ingat. kucupan terakhir nenek juga sentiasa aku kenang sampai bila bila. tak pernah sesaat pun aku lupa betapa besarnya kasih sayang arwah nenek pada aku.

seronoknya kalau masa itu boleh berputar. aku nak sangat pergi surau dengan nenek macam waktu kecil kecil dulu. sampai kaki aku boleh termasuk dalam tayar basikal. dan sampai sekarang parut tu masih berbekas kat buku lali aku. haha tiap kali ingat benda benda ni pasti buat aku tersenyum. rupanya dah lama semua ni berlalu. dah besar rupanya aku, haha dah nak 18 tahun aku hidup. kira lama lah jugak. kalau nak kahwin pun boleh. hehe

em, ketenangan waktu berada kat pusara nenek masih aku rasai. aku still boleh ingat waktu hai pertama nene menghembuskan nafas terakhirnya. waktu 29 June.. tarikh ni jugak jatuh pada hari di mana Nabi Muhammad naik ke langit kata adik aku. emm..

waktu itu aku kat sekolah. waktu bahasa inggeris. entah tiba tiba puan Umah kata aku kena balik kampung. aku terkejut. bila cikgu kata "i'm sorry, your grandmother had pass away." betapa menggigilnya kala itu. air mata aku tiba tiba jatuh. kaki aku menggigil ketakutan. sejuk mula ku rasai hingga ke tulang rusuk. rakanku membantu ku mengemas apa yang patut. pada waktu itu otak aku cuma bertanya.. "nenek yang mana?"

aku nampak ayah berdiri tenang di pejabat. aku tanya ayah bila ayah mendekati ku.

"nenek mana yah??"

"nenek sebelah mama" kata ayah.
hampir saja aku jatuh tapi ayah cepat cepat peluk aku. nenek! kenapa nenek pergi sebelum berjumpa aku.. nenek! kenapa nenek tak bagi tahu yang nenek akan pergi selamanya dari dunia ni. kenapa nek! kenapa!

sepanjang hari aku lemah tak bermaya. hampir seminggu aku tak sekolah. saudara saudara ku juga. kami semua berada di kampung. suara nenek suadara kami memang hampir sama dengan arwah nenek. jadi setiap kali kami dengar suara dia memang kami akan terkenang kan arwah nenek.

sungguh cepat masa berlalu.

sungguh, aku rasa macam baru semalam nenek berpesan padaku.
terima kasih untuk segalanya nek. saya sayang nenek sampai bila bila kerana nenek adalah yang terbaik dan tiada nenek yang boleh gantikan tempat nenek di hatiku..

Al fatihah buat arwah nenek.. :)

Comments

Popular Posts