Ke Sunway dan Berita Sedih

Hyeee... Assalammualaikum...

What the bored day la.. Sejak aku menganggur ni, sangat dan teramat kebosanan lah cerita dia.. Rasa nak pergi terjun bangunan je akibat kebosanan yang melanda ni.. Tapi, aku waras lagi yek..? Paling kurang kahwin lah dulu.. hehehe... okay.. cukup kegatalan di situ!

So, nak story.. Isnin lepas aku baru lah keluar bersiar2 ni haaa... Dengan Faziera... Pergi Sunway je.. Cari hadiah untuk somebody... Pusing penat gila... Biasa lah aku ni cerewet sikit kalau bab2 pilih baju ni... Tapi aku beli jugak, sebab aku tak tahu nak beli apa dah.. Entah muat ke tidak, nasib kau lahh.. Tapi aku rasa muat, sebab dia kurus je orangnya... Dan aku harap dia suka lah baju yang pilih tu.. Walaupun tak cantik, dan mahal sampai Ratusan ringgit, aku tetap harap dia sudi terimanya...

so, ni lah kerja aku tiap kali keluar...

Seperti korang tahu, aku rajin bergambar... okay. ignore muka Faziera.. HAHAHA! 

Haha.. so, balik je Sunway tadi.. On my way... Ada lah geng Sabahan ni, naik bas dengan aku... Mengganggu betul.. Salah seorang tu tiba2 datang kat aku and tegur.. 

"Awak kawan saya kan? duduk kat mana?" 

aku just pandang... LOADING.....

"Awak nama apa? Ingat tak saya....?"

aku just pandang... LOADING.....

"Awak dari mana??"

aku just pandang....LOADING.....

bila aku pandang Faziera, dia boleh pulak pandang tingkap... dalam hati aku...

"FAZIERA! PLEASE HALAU MANGKUK NI! SEBELUM AKU BUAT REMBATAN SEMPAKAN CHRISTIANO RONALDO SEWAKTU BERMAIN UNTUK FIFA DULU..."

Dan nasib aku baik.. sebab kawan dia yang agak comel tu kata... 

"Sudah lah kau Arep...! Dia tak kenal sama kau... Malu saja tahu! Nanti dia takut... Kenal konon..."

dan aku dengar dia jawab...

"Mungkin dia tak ingat aku tu..... Dia pura-pura saja tu.... Dulu kecil kecil kami kawan tahu..."

"Sudah Arep, jangan ganggu dia..." 

and he stop disturbing me... FUHHHHH! Lega bukan kepalang.... Dan akhirnya aku selamat sampai rumah..

Sesampai je rumah... aku dapat pulak berita yang agak menyedihkan.... It's about my friend in Kolej Matrikulasi Perlis... Aku tak kenal dia sangat.. Tapi pernah lah cakap cakap dengan dia.. Dia actually classmate kepada roomate aku Farah... Nazren namanya...

Kenapa dengan dia?

Mungkin korang rajin nak usha blog ni...


Kalau korang ada dengar berita pasal berita berlaku nya kemalangan di Kuala Kubu Bharu.... Dimana dia orang semua adalah seusia dengan aku 19 tahun... 4 orang mereka on the way nak balik dari MRSM, sekolah lama dia orang lepas ambil sijil SPM...

Tapi, akibat kemalangan di mana kereta Honda Civic yang mereka bawak tu berlanggar dengan sebuah lori..  Teruk juga kemalangan tu... Sebab ia meragut nyawa 3 orang yang dalam kereta Honda Civic tu.. dan yang selamat seorang tu adalah kawan aku, Nazren..

Apa pun, one of followers aku kat Twitter ialah best friend kepada 3 orang yang meninggal tu... Kesian dia.. Sedih gila.. Dia sempat post kan gambar tiga orang arwah tu kat twitter dia.. And aku bagi dia semangat.. Dia pun kata dia tak kenal Nazren tapi dia doakan Nazren.. And dia kata dia ada lawat Nazren.. Nazren koma di hospital katanya...

Aku dan kawan kawan KMP yang lain, serious terkejut... Dulu pasal kawan kami Tuan Saifuddin yang tenat kerana kencing tikus. MAsih aku ingat berita tu.. Air mata aku gugur kerana mendengar beritanya.. Bayang kan lah 90% dari badannya dah pun mati... Kami sampai solat hajat bagai... Semua student KMP boleh lawat dia di hospital time tu.. Masih ingat badan dia yang kurus tu, dengan mata dia saletape kan...  Tapi, alhamdullillah berkat doa kami, dia akhirnya sihat... Dan boleh teruskan belajar di KMP...

Sekarang berita Nazren ni pulak.. Semua student KMP mendoakan dia... Semoga cepat sembuh wahai sahabat.. Kembali senyum yeee... :')



p/s : Ya Allah, lindungi lah aku dan sahabat sahabat ku dari perkara-perkara yang tidak dikehendaki. Sesungguhnya hanya Engkau yang berhak menentukannya dan hanya Engkau yang tahu hikmah di sebalik apa yang terjadi... Subhanallah.... :')

Comments

Popular Posts