Nabil Dan Rasydan

Assalammualaikum.. Hye kekawan semua... Hari ni nak story pasal two of my best friends... It's about Nabil and Rasydan..

Okay.. Pe pagi subuh aku dah bangun and aku nampak notification dari WeChat... Bila buka... Nama Nabil Mihat yang keluar.. aku tersenyum..He accepted me..

aku pun cepat je menaip.. happy birthday Nabil... dan tidak berapa saat kemudian dia balas "THANKS ANIS...!" heee... Lama sungguh tak dengar khabar diarasanya... Rindu juga aku kat sahabat aku yang satu ini... dan kami pun sembang2 lah.. tengok jam baru pukul7 pagi.. aku pun dah solat subuh so, mandi nanti lah... relax dulu.... Chat punya chat entah macam mana Nabil boleh kata.. "Nanti bagi tau Fatin, Nabil wish mak dia.." Sweet sangat aku rasa time tu.. Apa? Aku tak tipu... okay.. WAIT!


See... Ni antara our conversation lah kan...? Takkan lah aku nak tunjuk semua kan? hehehe... aku rasa sweet sangat sebab nabil sentisa ingat fatin.... Aku selalu doakan dia orang betul betul ada jodoh.. Lagipun, aku kenal dua orang kawan aku ni... Dia orang dah aku kenal sejak aku darjah 1 lagi mungkin... Dan betapa aku sayang kedua dua orang ni... Hanya Allah yang tahu...

Apa pun. Anis doakan Nabil capai apa yang Nabil hasratkan, Anis sentiasa doakan Nabil... Semoga Nabil panjangumur, dan dimurah kan rezeki... Semoga Allah sentiasa ada di sisi Nabil,Semoga Nabil sentiasa tersenyum dan gembira dalam hidup ni......


Seterusnya...

Seorang sahabat yang aku cintai... Lama betul aku tak bersua atau bertanya khabar dengan dia... Sebenarnya, dia lah yang paling aku ingin jumpa.. Tapi sia sia je kanaku berharap...Buat apa dia jumpa aku lagi... Apa pun... Aku tetap ingat hari lahir dia...

Parah juga aku sehari tu.... Sehari suntuk aku fikir sama ada nak wish atau tidak.. Akhirnya aku menangis lagi... Aku rindu dia, aku nak bercakap dengan dia, tapi aku takut.... Aku tak nak dia fikir yang aku sentiasa berharap pada dia... Semua tu aku dah ikhlas... KOT! hahaha...

Apa pun... Malam tu aku mesej sahabat yang amat aku percayai... Shatul dan Faziera...
Aku tanya sama ada patut ke aku wish dia... Kedua jawapan mereka sama...

"...Tak kisah apa pun keputusan Anis... Anis yang tentukan sebab Anis yang nak semua tu... Tapi ingat. kalau Anis wish dia, jangan pernah berharap dia akan balas.. Dan jangan menangis... ... taknak Anis terus menangis lagi, taknak Anis terus terluka lagi... Dia kisah lama Anis, terus kan hidup Anis.."

Dan aku dengan berani nya WhatApps jugak dia...


Lagi 2 minit je nak habis hari jadi dia.. Dan Alhamdullillah, dia buat aku tersenyum... Ya.. Dia masih kawan aku... Selamanya kawan aku...

Adan, terima kasih sebab balas... Terima kasih... Anis doakan Adan bahagia...Semoga Adan berjumpa dengan gadis yang mampu cintakan Adan sepenuhnya lebih dari Anis... Anis dah lama pun undur diri.. Adan... Anis sentiasa anggap Adan kawan baik Anis,Anis harap Adan pun sentiasa anggap Anis sebagai kawan Adan.. Selamanya... Terima Kasih untuk semua kenangan kita bersahabat... Semoga Allah sentiasa ada kat sisi Adan danmembimbing Adan menjadi orang yang berguna dan bahagia... :')

p/s : Setiap yang jadi, mesti akan ada balas nya, akan ada hikmah nya.. semtiasa lah sabar menanti nya, kerana Allah tak pernah mungkir janji... Semoga kenangan lepas atau ujian lepas akan membuat aku lebih berani untuk melangkah ke hadapan... :')

Comments

Popular Posts