Ladies Night CTKD

Assalammualaikum Semua.. Salam Sejahtera buat pembaca, stalker, dan hadirin yang dihormati.. HAHAHA.. dah macam majlis lah pulak aku ni.. formal sungguh.. Practice nak kahwin dgn anak orang kaya lah katakan.. okay, korang menyampah.. hahaha...

Ni aku nak cerita pasal malam Ladies Night for budak2 KMP ni... Setiap blok akan ada Prom Night masing masing.... So, last blok perempuan yang buat Ladies Night ni ialah blok aku.. A3 atau Komsas Siti Khadijah or nama glamour dia Komsas CTKD.. not Siti and Kris Dayanti okay.. LOL! tak lawak..

So, setiap aras telah diberi tema pakaian.. untuk tingkat satu, tema mereka ialah Retro, aras dua, Arabian, aku, aras tiga, Tradisional (boring kan? hahaha) and aras empat Fairy Tail....

So, aku memilih untuk memakai punjabi.. hehe...jadi Indian girl aku malam tu...


Tara.... hahaha.. nak gambar full??? alah, tengok yang ni je laa.. Kacak tak aku? Syazwan kata terlalu kacak sampai Sir pun mesti suka punya.. hsahahaha SIOT je budak kecik sorang ni....

So, makan malam tu ialah..... aku tak tahu apa... Tapi yang pasti nasi dia macam nasi hujan panas... and ayam goreng yang sangat keras, daging masak kicap, and kari dal mungkin... Dah macam kenduri kahwin je makanan dia.. hahaha... Dalam duk liat nye ayam tu aku habis jugak makan kan?? hahahaha...

Lepas makan, apa lagi, aku pun, bergambar lah dengan Shatul.... Tapi yang ni hasil aku tahu...


haaa.. yang ni aku yang buat tau.. aku yang lukis semua untuk dijadikan Props untuk malam tu.... And alhamdullillah hasil nya baik...

And ni hasil dari gambar gambar kami...


Aku and Shatul.. Ignore Shatul, tengok aku je, kesian aku kena buli.. hehehe...


Okay, dengan Nad, Dila and Thyra... Ignore mereka...



Ni madu aku.... and like other picture... Ignore Farah, tengok aku je.. hehehe...

then kan ada cabutan bertuah.. Aku bagi orang gelang tangan je.. entah siapa lah dapat gelang aku tu pun aku tak tahulah kan.. tapi yang pasti aku dapat hadiah ni....


 Pencil case actually.. My Lucky Number is 3! Lawa kan? nampak sweet and vintage... Thanks for the girl yang bagi ni... Aku akan simpan jadi kenangan aku semasa di KMP...

Em, rasanya tu je.. And aku rasa aku tak akan update blog lagi buat masa sekarang.. You know why??? Because, aku nak exam dahhh!!! lagi 19 hari je kot.... So, doakan aku ye kawan2 semua... :')

p/s: Hari yang ada, saat yang ada, akan selalu aku ingati dalam hati aku... sebab ia mungkin tak akan dapat kembali lagi ke masa tu... :)

Comments

Popular Posts