I meet You again...


Hyee... Hari ni aku nak cerita tentang kegembiraan yang aku rasa.. hehe.. 

okay, actually today aku jumpa Warishatul and Faziera.. pagi pagi lagi kami dah hadap SMK USJ 8.. tempat yang dah lama aku tinggal kan.. Akhirnya aku jejak ke situ lagi.. Tapi kali ni sebagai X-student.. Cepat je masa tu berlalu, sebab dah dua tahun rupanya aku tinggalkan sekolah tu.. Banyak kenangan yang ada kat situ.. Aku rindu setiap saat, setiap penjuru yang ada kat sekolah itu... :)

Lepas je balik dari sekolah, ayah amik kami untuk ke Wangsa Maju. Pejabat PLKN.. Motifnya nak minta permohonan percepatkan tarikh PLKN.. tapi...... berita sedih lah yang kami dapat... PLKN kali ni for first siri, adalah bulan 4.. Paling lewat lapor diri ialah 28 April... Tapi aku habis matriks ialah 3 Mei!!! Arrrhhhh....! Macam mana ni? Lewat beberapa hari je.. Aku rasa nak nangis je dengar bila dia kata dah tu sambung after degree.. At 24 years old???? Peh! Memang tak ! ! ! Antara pergi PLKN bulan September and masuk U January atau masuk U September and pergi PLKN after 4 years study... -_-" Nampak nya nak tak nak aku kena solat istikharah.. Ya Allah.. Aku harap Matriks habis exam cepat.. Amin....

Okay, then kami gerak ke BSN.. untuk beli pin UPU.. yeahhhh.. Memanag abang kaunter tu memang tak pernah ubah orang.. Dari aku beli pin zaman sekolah sampai sekarang, dia je.... Yang pelik bila num aku sebut mesti kena kat kaunter 2, iaitu kaunter dia.... erghhhh.. Dah lah kerek! Menyampah!

After that, tanpa diarancang, kami gerak pi Giant... Waaahhhh! agak mewah...! Macam Sunway suku and Subang Parade suku je rupa dia.. Sangat cantik and mewah.... And TARAAA!!!



Aku tahu comel.... hehehe.. Sempat kan kami bergambar.... hahaha.. Dalam tandas lagi tuh!

Apa pun aku happy sangat sebab cer teka aku jumpa siapa hari ni? 

Sir Chuppa Chups!

Masih kalian ingati nama itu...?? Kan dulu masa aku kerja suka sangat lah aku cerita pasal sir yang ada kat sushi king tu... Ini lah dia.. Kan aku minat sangat sangat kat dia.. So, memang dah lama lah aku tak jumpa dia sejak dia pindah IOI dulu... Aku ingat lagi, time dia nak pindah dulu, aku terketar ketar nak bagi dia lolipop Chuppa Chups sebab sedih sangat.. Lepas bagi, aku balik, nak nangis je aku tengok muka dia senyum bye2 aku... Actually malam tu dia belum pergi lagi, esoknya, tapi esoknya aku tak datang.. Aku off day.. So, kira tu hari akhir aku jumpa dia....

Tapi tadi, pertama lalu sushi king tu tak nampak, kali kedua, baru nampak.. Jodoh sir dengan kami bertiga panjang.. Aku tak mampu nak cakap apa bila tengok dia senyum.. Serius aku tak tipu.. Aku happy sangat tengok dia tadi.. Rasa nak jerit je.. Walaupun hanya dapat lambai tangan di sebalik cermin kaca pun tak apa lah... Lepas gak rindu aku kat dia.. HAHAHA.. gatal lah aku, dah lah tunang orang tu! ^^ 

Apa pun, sir masih still comel macam dulu.. Apapun aset dia ialah spek putih dia tu.. hehehe... Semoga dapat jumpa sir Shahrul lagi... :)

Then Puteri...! Dah lama rasanya aku tak jumpa sahabat aku yang satu ni.. Rasa happy jugak lah jumpa dia.. Dia sangat tinggi, and masih kurus macam dulu... Dia dengan angah and mama and kawan angah... Nangis dia peluk kami.. Yelah, lama sangat sangat tak jumpa kot.... Harap dapat jumpa lagi.....

Hari ni macam macam orang kami jumpa.. Semua orang yang pernah buat aku ketawa, tersenyum, menangis suatu masa dulu.. Semoga mereka sentiasa menjadi kenangan untuk aku.. Selamanya... :')

Comments

Popular Posts