Barang Yang Hilang?

Assalammualaikum.

Okay hari ni aku nak story about kawan aku.. Kawan laman sosial actually.. The name is Azrul... Aku agak rapat lah dengan dia... Tapi bukan dia, aku nak story, tapi kawan dia.. Kawan dia, Hatta, kena  rompak  curi barang... Beg dompet, BB, kunci motor.. Kesian laaahhh...

Dengan serta merta aku jadi teringat kan, waktu aku hilang IC dulu..

Waktu aku tu form 2 lagi.. Aku pergi camping dengan Sungai Congkak.. Aku kenal lah seorang akak ni.. Kak Suzie nama dia.. Dia ni memang rapat lah dengan aku, Faziera, Farah, Shatul.. (nampak sangat kami dah rapat dari kecik) Aku memang dah berhari hari simpan dompet tu dalam beg camp aku... Yang tahu memang kami empat and kak Suzie tu la.. Sebab memang gi mana2 kami sama2, termasuk berjaga malam jaga kawasan kem..

Hari terakhir kem pun tiba, so kami kena kumpul and letak beg kat tepi.. Agak aku leka sikit, balik je aku tengok dompet aku dah tak da.. Memang kat situ jugak aku menangis... Takut ayah marah je sebenarnya.. Balik tu, Kak Suzie pujuk, dia beli banyak gila makanan bagi aku, and kawan kawan aku makan.. Aku walaupun sedih, makan tetap makan.. hehee..

Beberapa hari lepas tu, aku tak puas hati, sebab dalam dompet aku ada sim card. So, orang yang curi tu guna sim aku mesej aku, kata aku tak reti jaga barang what ever.. Em, aku tak kisah pun duit aku, aku nak IC je time tu... Tapi dia off dah sim tu.. Nampak dia jahat..!

Tak lama lepas tu, kakak angkat aku, Kak Nabila dengan bff dia, Kak Tura, tanya aku... "Anis, ni num Anis ke?" Aku tengok. "Haah... Num phone Anis lah ni.." Akak Nabila kata okay...

Rupanya kak Nabila dengan Kak Tura dapat tahu siapa yang curi dompet aku tu... Orang nya Kak Suzie.. Sebab nya. dia guna sim tu, untuk sms pakwe dia.. pakwe dia lak kawan kak Nabila... Bila aku tahu je, aku jadi sedih.. Aku percaya dia, dia buat cam ni kat aku.. Sejak tu, aku ni susah sikit lah percaya kan orang...

Then, teringat pulak masa form 5.. Phone aku yang paling aku sayang iaitu hadiah hari lahir aku, HILANG! again kena curi.. Kali ni... kena curi waktu aku solat kat masjid. Solat maghrib.. Tak ku sangka dalam masjid pun boleh jadi macam ni. Actually firasat aku kuat kata budak sekolah tu yang curi. Sebabnya, waktu salam terakhir, Shatul bagi salam and dia nampak ada seorang budak perempuan pakai kain merah tengah punggah beg aku.. Salam kedua, dia lari... Bila habis je, Shatul tak expect apa2, so, dia baca doa.. Bila aku dah lipat telekung, aku tanya, mana phone aku baru sedar phone aku hilang.. Yang lawak, phone Shatul kat atas beg tak di curi, tapi phone aku dlam beg yang dicuri.. Mungkin ada hikmahnya kat situ.. Hanya DIA yang tahu kannnn?

So, pada yang ada pengalaman barang hilang ni, tabah lah.. Tak pe, setiap rezeki yang hilang, rezeki yang kita beri kepada orang susah tu akan datang berganda pada kita berganda.. InsyaAllah...

So, pada Hatta, kau dah takde IC, kau kira PATI.. hehe.. Takpe, aku harap kau jangan sedih2... Satu hari nanti rezeki melimpah untuk kau, semoga Allah je balas kejahatan pencuri tu. Kau bersabar ye, Hatta.. :)

Comments

Popular Posts