Maafkan Saya untuk Kesekian Kalinya

Sumpah aku teringat kan dia dalam dua tiga menjak ni.. Tak boleh nak bendung lagi. Aku betul betul rindukan kau, teringat kan kau.. Tiap malam, tidur aku ditemani dengan air mata aku. aku teringatkan gigi besi kau.. tu diaaaaa....



Tapi aku tahu, walau air mata darah pun aku keluarkan, kau tetap dengan pendirian kau. Anggap aku sebagai kawan biasa kau.

Aku nampak kau, aku nampak kau on9, hati aku kata nak tegur.. hati aku kata nak jerit pada kau betapa aku rindukan kau.. tapi... ego! ego membatasi segalanya.. aku tahu kau pun mesti ego.. kau takkan tegur aku selagi aku tak tegur kau.. Itu kenyataan, kita sama sama ego...



aku teringatkan kau. Aku putarkan lagu HatiKu MilikMu hampir berpuluh puluh kali sebab lagu tu tunjukkan perasaan aku pada kau.. Iaitu sayang tapi tak mampu aku luahkan..


Aku tahu kau fikir aku dengan lelaki itu.. Tak apa.. aku faham.. aku tahu kau tak heran pun aku dengan siapa.. Tapi aku just nak bagitahu, walau apa jadi, walau aku dah jatuh cinta kat orang lain pun, kau tetap ada dalam hati aku.. Kau pertama dan sampai bila bila kau akan jadi yang pertama.. Tak kisah apa orang kata, kau tetap yang pertama dalam hati aku. 

Aku rindukan kenangan kita. Aku rindukan renungan tajam dari mata kau.. renungan itu lah yang buat aku menggigil kerana takut kan kau..! sumpah.. aku masih ingat betapa takut nya aku bila kau renung aku macam tu. Aku nak membalasnya tapi aku tak mampu. Aku tak kuat. Akhirnya aku sekadar tundukkan wajah aku dan kau pergi... 

Menangis dan terus menangis tiap kali teringatkan aku. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku tersenyum, Aku ketawa, tapi batin aku tersiksa.. Hati aku sakit, jiwa aku menangis, naluri aku meronta.. Tapi itu semua nya hanya nafsu.. Aku pilih untuk terus bersabar. Sabar itukan Iman.. Kata kau, aku akan dapat orang yang lebih baik dari kau.. Jadi aku kena bersabar.. aku akan undur diri.. aku akan pergi... tapi lepas aku tengok kau betul betul bahagia.. 



Aku minta maaf sekali lagi kawan.. Maafkan aku kerana jatuh cinta pada kau. Maafkan aku kerana mencintai kau.. Maafkan seandainya aku telah melukakan kau.. 
Maafkan aku... Muhammad ........ :')

Comments

Popular Posts