Perkenalan antara kami

suatu ketika dulu, seorang gadis telah dilahirkan. nama nya Lisa. Lisa merupakan anak dari pasangan petani yang miskin di sebuah kampung. kini dia sudah menjadi dewasa.

Lisa duduk bersendirian di tepi sungai berhampiran rumahnya. dia teringatkan zaman kanak-kanaknya.

"Awak. Kenapa awak nak ke Kuala Lumpur? tinggalkan saya." tanya gadis molek itu.
"Saya terpaksa ikut keluarga saya. Saya janji akan balik ke sini temui awak." janji kanak kanak lelaki itu.
"Awak janji?"
"Ya. Awak akan sentiasa ada di hati saya. selamanya." janji anak itu lagi kepada sahabatnya.

masa berlalu dengan begitu pantas sekali. air mata Lisa jatuh menimpa bumi ini sekali lagi bila mengingati kenangan itu.
"Saya betul betul rindukan awak. Pulanglah cepat."

Sebuah kereta mewah BMW telah masuk di perkarangan kampung itu. anak muda itu kelihatan seperti datang dari orang berada. namun siapakah dia? dia menekan honnya beberapa kali menyuruh gadis berbasikal itu ke tepi.
"Tepilah!" teriak lelaki itu. sombong sekali.
Lisa terkejut lalu ke tepi. selepas kereta itu berlalu, dia merungut sepanjang jalannya.
"Siapalah mamat itu? berlagak macam jalan ini bapanya punya. dah lah makhluk asing, marah marah warga tempatan. isshh.."

esoknya, di gerai.
"Mak cik! Nasi lemak ayam goreng 2 bungkus." serentak mereka berkata.
mereka saling berpandangan.
"Awak tiru saya." marah gadis itu.
"oh please.. not my job lah!" teriak lelaki sombong itu.
"Sudahlah tu, jangan bertekak kat kedai mak cik. pening mak cik tengok. kata oramg, gaduh gaduh, lama lama suka." gurau mak cik nasi lemak itu.
"Apa? Tak nak saya suka dekat mamat sombong macam dia ni. Muka dah lah macam kerbau abah." ejek Lisa itu selamba dengan menyamakan wajah lelaki itu dengan kerbaunya belaan bapanya.
"Amboi. mulut minah ni. Tak ada insurans ke apa. Muka dia itu lagi lah. Kalah kodok terburuk kat kampung ini." balas lelaki itu.
"What?!!!" jerit Lisa itu.

gadis itu menghempaskan bungkusan nasi lemaknya ke atas meja makan.
"Tak guna punya jantan! Berlagak sungguh! Kau tunggulah nasib kau kerbau!" rungut Lisa.
"Kenapa ni, nak?" tanya abah kepada Lisa.
"Eh! tak ada apa-apalah abah. abah makanlah dengan ibu. Lisa tak masak sarapan hari ini. Lisa nak ke Pekan. Nak jumpa Dilla." kata Lisa sambil tersenyum.
"Balik jangan lewat sangat ya." pesan abah.

"Kau ni Lisa. Ada ada saja lah. Biarkan saja lelaki itu. Kau tak kenal pun kan?" kata Dilla.
"Betul. Dah la panggil aku kodok. Bencinya dia!" marah Lisa lagi.
"Jangan lah benci sangat. Nanti jadi suami baru tahu." pesan Dilla lalu ketawa.
"Tak mungkin. Simpang malaikat 44." jawab Lisa pantas.

"Lisa. Awak kenapa?" tanya Dilla tekejut mendengar suara Lisa menjerit.
"Dia! Dia tolak saya tadi." kata Lisa menunjukkan jari telunjuknya ke arah lelaki tersebut.
"Eh! Mana ada. Awak yang tarik saya tadi kan?" kata lelaki itu tidak bersalah.
"Tipu!"
"Tak! Awak yang tipu!"
"Awak!"
"Awak!"
"Hei! hal rumah tangga selesai sendirilah!" marah Dilla lalu berlalu pergi.
terkejut mereka berdua.
"Semua salah awak." marah Lisa lalu berlari mengejar Dilla.
"Aku pula yang salah?" rungut lelaki itu sendirian.

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali tanpa menghiraukan kerja kerja manusia. Lisa kelihatan duduk bersendirian mengenangkan sesuatu.

"Kenapa aku dah lama tak nampak mamat kerbau tu ya?" tanya Lisa sendirian.

masih kuat ingatannya mengingati peristiwa malam itu. sewaktu kenduri tadarus anak anak kampung yang tamat mengaji Al-Quran.

"Lisa. Tolong ambilkan dulang makanan dari dapur." arah Dilla.
"Okay. sebentar ya buk." gurau Lisa lalu berlalu pergi.

"La..La..La..La.."
"Seronok nyanyi?" muncul satu suara dari arah belakang Lisa.
Lisa memandang ke arah lelaki tersebut.
"Eh! Awak..?" kata Lisa terkejut. tak sangka lelaki itu mempunyai paras rupa yang kacak setelah mengenakan baju melayu, kain pelekat dan songkok di kepalanya. sungguh tak ku sangka.

"Nak saya tolong?" tanya lelaki itu.
"Tak apa lah. Boleh buat sendiri." jawab Lisa mula berdiri.
tak semena mena Lisa tergelincir dan lelaki itu yang menyambutnya.
"Aduh!" jerit lelaki itu.
tidak menyangka Lisa akan jatuh di atas nya.

"A.. A.. Apa kalian buat ni?" tanya Dilla teragak agak.

cepat cepat Lisa menampar pipi gebunya sedikit. supaya sedar dari lamunan. dia tidak mahu mengingati peristiwa malam itu. bukan main malu Lisa dengan orang kampung ketika itu. Lelaki itu pula hilang ke entah ke mana tanpa pesan.

kini peristiwa itu tinggal kenangan. berlalu bagai angin betiup. Lisa kelihatan sibuk sekali mengemas rumahnya. hari ini dia tidak bekerja kerana cuti sekolah. bekerja sebagai guru memang memenatkan. sering di uji dengan pelbagai dugaan.

"Lisa..! Lisa..!" jerit Dilla memanggil.
"Dilla?"

"Aku actually nak minta maaf pada kau pada malam itu. Aku tahu kau tak salah. maaf ya." kata Dilla bersalah.
"Tak apalah, dah lama berlalu pun." kata Lisa memujuk.
"Maafkan aku sebab tak percaya kan kau. Maaf." rayu Dilla.
"Aku dah lama maafkan kau lah. Pada malam itu lagi aku tahu aku dan kau tidak bersalah. Aku redha." jawab Lisa perlahan.
"Lagi pun mana kau tahu aku tak bersalah?" tanya Lisa lagi setelah Dilla diam menyepi.
"Aku jumpa dia. Di Kuala Lumpur. Dia yang cerita pada aku." kata Dilla sudah mula tersenyum.
"Dia?"
"Ya. Dia. Amran. Kawan sekolah rendah kita tu dulu. Kau ingat?" kata Dilla lagi.
"Amran? Dia.. Amran?" tanya Lisa ingin kepastian.
"Ya. Dialah Amran. Kau tak tahu?" tanya Lisa.
"Aku tak pernah sekali pun tahu namanya." jawab Lisa. air matanya tidak dapat di tahan lagi.

Sekali lagi Lisa mengejutkan dirinya dari kenangan lalu. Dia terkenangkan Dilla yang menemuinya 2 minggu lalu.
"Ah! menyesal aku tidak mengetahui namanya." kata Lisa sendirian.

"Kalau sekarang kenal, menyesal lagi tak?" muncul satu suara.

Pantas Lisa menoleh.

"Awak? Amran?" tanya Lisa.
Amran tersenyum melihat Lisa.

itulah kisah aku dan suamiku. kini kami telah di kurniakan seorang anak lelaki bernama Imran dan seorang anak perempuan bernama Arisa. sungguh tak ku sangka janji kami akhirnya menjadi kenyataan. aku kini tinggal bersama suamiku di Kuala Lumpur. Ayah telah berjaya memajukan tanahnya. sungguh tak ku sangka hidupku telah berubah.

"Sayang. Sayang buat apa? Cepatlah." tegur Amran suamiku. dia kelihatan segak sekali dengan kemejanya.
"Jom." jawabku lalu menyambut tangan suamiku yang tercinta.

Comments

Popular Posts