bila hari itu tiba


hari yang paling aku tunggu selama ini, akhirnya tiba juga. iaitu hari habis exam SPM dan habis sekolah. tapi ada something perasaan yang sukar digambarkan sebenarnya bila tiba waktu itu. dulu aku beria-ria sangat "bilalah nak habis exam ni? habis sekolah? bosan nya hari hari kena marah, kena bebel dengan cikgu. penat lah banyak kerja sekolah. tuesyen malam penat." hari hari aku bebel seorang diri. mengadu pada diri sendiri. tanya pada diri sendiri. tapi sekarang bila hari itu tiba aku rasa jangkal. rasa yang sangat tak tergambar.

bagi senior senior yang dah habis sekolah, aku rasa dia orang mesti faham apa yang aku rasa ni. aku memang nak sangat tiba hari itu, tapi aku tak nak hari itu tamat. aku sedih betul bila tengok muka kawan kawan aku yang paling aku sayang. serta orang tersayang. hahaha

aku rasa berat pula nak melangkah keluar sekolah tadi. boleh tak masa tu berhenti sekarang? tolonglah...
kan best kalau masa itu boleh berhenti dan selamanya macam itu. aku sedih betul bila nak tinggal kan nama sebagai pelajar sekolah. tak sangka aku sekarang dah jadi "X-Student". macam kelakar saja bila sebut macam itu.

masa aku nak keluar tadi. aku  sempat lagi peluk meja SPM aku. haha ada slip aku kat situ. tak sangka aku dah duduk dengan meja tu sebulan. bila tengok pagar tadi, rasa macam dah banyak memory yang tercipta pada aku sejak melintasi nya suatu ketika dulu. aku masih boleh ingat time aku first first nak masuk sekolah menengah dulu. bukan main sedih nak jadi remaja. haha aku takut gila sebab tengok semua abang abang and akak akak kat sekolah tu. semua besar besar bhaii.. haha tapi dalam takut aku dok usha usha gak dia orang. ramai nya abang abang hensem, kakak kakak comel. haha

and kini aku dah jadi senior of the year. and tadi dah pun jadi X-student.. pe! nak nangis bila aku bayang yang aku akan jarang jumpa kawan, mungkin tak akan jumpa dah. boleh di katakan aku memang rapat sangat dengan semua orang kat sekolah. aku jenis tak kisah nak kawan dengan sesiapa. tapi bila dah habis exam, apa dia orang aku still aku aku? nak sembang dengan aku kalau terserempak kat luar? sedih nya bila fikir balik.

aku still boleh ingat bila time aku kena merah dengan senior senior lepas terutama pasal KRS, then cikgu cikgu marah tak siap kerja, ponteng class, rasa takut sebab tengah ponteng takut kantoi lah katakan, then bengang dengan budak budak junior buat hal, cikgu kerek kerek, pe! i'll miss all of that sekarang.

dan banyak benda yang aku dah belajar rasanya. dan aku mula tahu erti hidup waktu aku dari sekolah ni. aku akan rindukan setiap saat aku dekat sekolah itum tak kira lah sedih atau gembira sebab ia sangat bermakna dalam hidup aku, aku harap sesiapa yang pernah mengenali diri waktu zaman sekolahku, akan sentiasa mengingati aku seperti mana aku ingat pada dia orang.

alam sekolah dan alam remaja adalah alam yang sekejap dan paling menakjubkan dalam dunia hidupan ini.

Comments

Popular Posts