get well soon awak

hari ini, aku betul khuatir.
sedap sedap aku tengah makan soto mak aku, aku dapat berita sedih. memang aku tak sangka.
aku teringat kan dia tat kala makan. dia ada minta nak makan soto aku before habis sekolah hari itu. aku just senyum je.

tak sangka lah pula. sms rakanku suruh aku buka YM, untuk khabarkan berita buruk yang menimpa dia.
dia kemalangan. alangkah gundahnya hati ini memikirkan keadaan dia. dia memang dah okay, tapi hati aku pula yang tak okay terkenangkan dia macam mana sekarang..

nak tanya lebih di kata risau kekasih, tapi aku betul betul khuatir tentang keadaan dia. baru sahaja ingat kan dia, dah dapat berita yang tak elok pasal dia. dia kemalangan. betul ke berita yang aku dengar ni? Ya Allah.. hati aku macam di pukul ombak mendengar berita itu.

untunglah dia tidak apa-apa. aku harap dia cepat sihat dan boleh ketawa seperti selalu. dia kan iron man. giginya besi. akhirnya aku just sms dia..

" Awak, cepat sihat ya. saya doakan awk. :) bubye <3 "

Comments

Popular Posts