kenapa nak bercinta??


hari tamat dah cerita CINTA ELYSA. aku belajar something dari cerita itu sebenarnya. iaitu kalau dah jodoh tak akan ke mana. betul kata orang kita kena cari cinta. tapi kadang kadang ia akan datang dengan sendiri dan kita perlu hargainya setiap kali ia hadir dalam hidup kita.  tak kiralah ia datang dengan cara apa pun, kita mesti selalu menghargainya. samada kita suka atau tidak ia pasti akan meninggalkan kesan kepada semua yang menerimannya.

cinta? orang kata cinta menyakitkan. ada yang kata gak cinta tu menyeronokkan. ada juga yang kata cinta itu menggerunkan atau menyiksakan. macam macam lah yang aku dengar. aku bukannya tahu sangat. dah kata budak baru belajar. sekolah pun tak habis lagi. so, aku masih muda untuk kenal erti cinta sebenar. bagi aku cinta itu akan jadi indah atau buruk kerana manusia. manusia yang menjadikan cinta itu indah atau duka. kalau kita tahu menghargainya, pasti ia akan mendatangkan kesan yang baik kita, tapi kalau sebaliknya ia akan menjadi racun dalam hidup kita, racun yang sukar dihapuskan, sukar di hilangkan, dan sukar di ubati. penawarnya akan ada andai seseorang itu menemui cinta baru nya. itu pun pasti kesan racun dulu akan membekas dan meninggalkan parut yang dalam.

aku ada 3 orang kawan yang sangat rapat dengan aku. kisah duka kami semua dikongsi bersama. aku kenal dengan mereka sejak aku kecil lagi. jadi banyak benda rasanya yang kami pelajari bersama. dan kisah cinta kami berempat memamg berbeza

kawan pertama aku. cik pontianak i called her. kisah cinta dia sedih. dia cintakan someone yang sangat baik. lelaki itu memang bertuah, mungkin sebab dia baik, dia dapat kawan aku. tapi dia pendek. nak buat macam mana, dah kawan aku suka. biasalah, kan orang selalu kata, cinta tak mampu di kawal. kan dalam hidup ni, ada dua benda saja kita tak boleh kawal, bersin dan cinta. memang indah cinta itu pada awal perkenalan mereka. aku tak pasti bila masing masing antara cik ponti kita dengan abang bonzai dia fall in love. tapi cinta memang pelik. walau sekukuh mana pun, kalau tiada kepercayaan atau jodoh pasti akan terputus juga. betul tak? and dalam kehidupan cinta mesti ada ayat cinta tiga segi. memang perkataan ini paling dibenci semua orang tapi itu lah yang manusia buat. dah tahu dah ada kekasih tapi nak juga menggatal dengan orang lain. akhirnya akan terputuslah sebuah janji yang begitu kukuh dahulunya. janji sama sama di bawah bulan yang cantik. mungkin restu mak ayah juga penting. sebab kawan aku ni pun memang mak bapak larang. memang ah nak spm tapi pergi bercintan cintun. aduhh.. kantoi habis.

kisah kawan kedua. cinta yang begitu indah. kalau dah jodoh tak kemana. itu tajuk sesuai untuk kisah cinta dia. dia kawan dan juga kembar dalam hidup aku ni. banyak persamaan antara kami berdua yang tak dapat disangkal lagi terutama otak kotor bila nak dengki orang. "You know what i'm thinking now" "yeahhh.."
masing masing tersenyum dan ketawa. teruskan rancangan mengenakan orang lain. kisah cinta dia memang best, indah saja. dia sayang kan kekasih hatinya. tapi kerana something yang tak dapat dielak, dia orang berpisah. tapi tak lama lepas tu dia orang be together balik. memang comel. nampak sangat sepanjang perpisahan dia orang, dia orang ingat antara satu sama lain. tak lengkap tanpa antara satu dalam hidup. memang indah kalau kita dapat cinta yang indah dan baik pada kita.

cerita seterusnya. kawan aku ni jatuh cinta juga. kisah dia melibatkan cinta tak berbalas. entah kenapa lelaki tak terima cinta dia sedangkan dia memang baik orangnya. mungkin bukan ini jodoh nya. agaknya lah. tapi kesian kawan aku. kena bentak dengan mamat sengau tu, tak patut lah awak nie. ada ke buat kawan saya macam tu. saya belasah awak baru tahu. dah lah bahu pun tak betul, jalan pun macam tempang. ada hati nak marah kawan saya. kaya duit je, tapi berlagak nak mampus. ceh! aku ni marah betul, bukan apa, aku anti betul lah dengan mamat nie. by the way, nasib dia dah tua, so kawan aku tak de lah derita sangat tengok muka dia. kawanku, kalau ada jodoh, ada lah tu, takyah tunggu dia, dah jual mahal sangat. abang yang kecik naik motor tu ada, so don't worry, be happy.

dah kisah cinta aku? kisah cinta aku baru bermula. la kot. aku tak tahu lah sangat pasal cintan cintun ni. tu bukan style hiduo aku lah nak bercinta cinta ni. bagi aku cinta bukan perkara penting yang perlu dikejar gila gila. sebab sekarang ni pun aku muda lagi. kalau aku kata aku tak suka siap siapa tipulah tu. aku memang jatuh cinta. jatuh cinta itu memang indah, tapi nak pendamkan perasaan cinta kita memang susah aku cakap. so kalau korang tak sanggup nak sakit hati, luahkan. tapi bagi aku better aku pendam je rasa cinta aku tu. tak mungkinlah aku nak ngaku pada dia, jatuh lah saham perempuan aku. ego? memang aku ego. kenapa? tak salah kan kalau kata pertahankan meruah kita. lagipun dia kawan baik aku dan pendengar aku. aku just taknak hubungan baik kami rosak sebab aku kata aku suka dia. entah ya tau tidak dia akan jadi milik aku satu hari nanti. kalau ya, alhamdullillah, aku bersyukur. tapi kalau tak, aku redha. sebab tak nak harap sangat, akhirnya aku rasa betapa sakit nya hati bila memendam rasa. tak tahu ke dia betapa aku rindukan dia. aduh! dah masuk tahap jiwang karat dah ni.

so kesimpulan yang ada cinta ada macam macam jenis. itu baru cinta pada kekasih. cinta pada keluarga pun ada tau. pada adik beradik, saudara mara, kawan kawan. cinta ini yang paling indah. susah lah nak jumpa sakitnya dalam hubungan cinta ni. semua orang pasti akan rasa cinta ni. terutama cinta pada ibu bapa. mesti semua lahir sebab bapa dan ibu kan? ada yang lahir sebab permintaan? tak kan? so hargai setiap orang yang ada di sekeliling kita dan cintailah mereka.

namun jangan kita lupa. cinta pada manusia, manusia curang.
tapi cinta pada DIA, kekal selamanya.
cinta pada DIA pasti akan bahagia dan tiada sakitnya. sebab cinta DIA sangatlah suci..
so bercintalah.

Comments

Popular Posts