When I miss You


Lagu ni buat aku terkenang kan seseorang.. Entah lah siapa yang malang nya sebab aku rindu kan dia tu.. kan? Kalau tak percaya, aku dah mula merindui sahabat aku satu ni.. Perkenalan yang singkat melalui laman sosial saja. Membuat aku tertarik untuk mengenali insan bernama lelaki ni..

Katanya yang bagai kan membuat aku semangat dan bertambah yakin begitu membuat aku teruja. Kata rindu nya kepada aku, membuat aku, cukup menyenanginya.. Aku suka dia.. as a friend.. Dia buat aku rasa ada kawan baik lagi macam pertama kali kenal "si Pencuri" hati ku... Dia tidak lagi aku kenali. Dia hilang begitu sahaja dari hidup aku..Entah kenapa hati aku sakit sangat bila dia buat endah tak endah pada aku. Sedangkan aku dah janji tak akan berharap lagi pada dia. Tapi hati aku tak mampu nak tahan rindu pada dia... Hanya dia...!

Dia penipu! Dia kata akan kawan dengan aku seperti biasa.. Tapi..? aku tweet dia, dia tak layan, aku betul betul kecewa dengan dia.. Sekali lagi, dia hanya buat aku menangis..! Aku menangis bukan sebab dia tak membalas cintaku, tapi kerana dia lupa aku sebagai sahabat dia. Dia lupa yang kami berkawan! Aku menangis aku dah kehilangan kawan yang sangat aku sayang.. Aku sayang dia.. tapi... kalau ini yang dia pilih, aku hormat.. aku terima.. Semoga dia sentiasa merindui aku seperti aku merindui nya juga... :')

Tapi alhamdullillah.. Aku berkenalan dengan seseorang yang sangat memahami.. Dia seperti telah mengisi ruang dalam hati aku.. Aku suka kawan dengan dia.. Tapi entah macam mana, aku terlalu sedih terkenang kan kisah aku dengan "si Pencuri" sehinggakan dia menjadi tempat aku mengadu..! Sejak tu dia tak lagi kata dia rindu kan aku, sayang kan aku.. Dia pun dah jarang nak menegur ku dia twitter.. Aku rindu nak berkawan dengan dia.. Aku bukan berminat nak bercinta tapi aku nak berkawan.. Aku nak ada yang sudi dengar kisah hidup aku, aku nak ketawa. Aku nak lupakan "si Pencuri" itu!

Tak apa... aku faham.. aku tak akan ganggu sesiapa lagi lepas ni.. Aku kan ada Warishatul, aku ada Faziera.. aku ada Farah.. Aku jadi takut nak berkenalan dengan insan nama lelaki jugak.. Sebab ada pula insan yang selalu slah anggap pada ku.. Aku memang suka bergurau.. aku masih ingat aku selalu panggil Adan sebagai suamiku.. Kelakar rasanya time tu... aku juga memanggil Jazli sebagai BabyBoy ku.. Dan hanif sebagai sayang ku semasa di kelas tambahan.. HAHAHA.. Rasa nak gelak bila ingat balik.. Patut lah junior tengok aku slek je, korang minat abang2 senior ni ye.. minat lah dek.. Akak tak nak pun.. HAHAHA...

Aku risau lah dengan dia ni... Dia ni berani sangat la... Ada ke dia minta alamat rumah aku.. Aku tanya for what.. dia kata, saya nak meminang awak?? woooo! gila kerr? dia kata saya nak elak maksiat.. saya tak nak jadi macam kawan kawan saya. Semua dah buat before kahwin.. Kau gila??? Dah tu nak jadi kan aku mangsa kau??? Memang bagus lah! Aku ni ada cita cita laa... Aku nak belajar tinggi tinggi, nak kerja bagus2 nak balas jasa mak ayah aku.. Bukan nya nak kahwin, jaga kau, kang kalau dah mengandung, habis cita cita aku.. So, jangan lah tanya yang bukan bukan kat aku..

"Ya Allah, jauh kan lah aku dari orang yang menyesatkan aku, yang berniat tidak baik padaku.. Kerana aku ingin kan yang terbaik buat ibu bapaku, dan saudara seisalam ku..." :')

Comments

Popular Posts