Bibit bibit Cinta Sya Shatol

Assalammualaikum...

Yeahhh! hari ni aku nak story lagi pasal Sya Shatul.. korang still ingat aku pernah cerita benda ni satu ketika dulu.. AHHAAHA.. tak mahu bla! so aku ada sambungan tentang kisah cinta..ni.. Atas permintaan si pencinta aku tulis tajuk cerita aku ni berdasarkan permintaan dia.. Ngarut betul lah kawan aku seorang ni... -_-"

okayyy.. cerita nyee..

sebelum exam, stress sangat belajar kot laa.. kot! hahaha aku dengan sengal nya call Sya Ikmal. Ingat kan nak kacau dia, mana masjid ye? tapi tak jawab lak.. Lupa pulak time tu ada aktiviti kat masjid. Kalau nak tahu, atau dah tahu pun aku bagi tahu lagi. yang Sya Ikmal ni actually Ketua Pusat Islam kat KMP...

Masih aku saat aku tengah usaha nak faham math ni.. Boleh pulak terfikir, nak tulis surat.. Shatul dengan semangat suruh aku tulis surat untuk Sya Ikmal...


haaa.. ni lah surat  tu... dalam dia tulis apa? serious nak tahu? leboh kurang macam ni laaa..

"Kepada Muhammad Sya Ikmal Putera bin Mahmud,

Goodluck untuk exam PSPM semester satu tau ikhlas dari saya yang sering memerhatikan awak..

Salam sayang,
PeminatMu..."

seeee.... walaupun pendek, penuh maknanya tu... tapi tu laa.. tulisan aku.. hahaha.. and aku tambah gula2 tu.. then Nadira kata, kenapa kedekut? bagi lah dua.. HAHAHAHA tu lawak! anywhere, ada ayat yang aku rasa Shatul patut ingat sampai bila2.. "Sentiasalah berprasangka baik dengan Allah.." yang tu ayat paling sweet aku rasa Ikmal bagi kat Shatul..

Alah! lupa nak story macam mana Shatul boleh dapat ayat tu.. okay2.. aku cerita lah ni...

Malam kejadian,
esok nak exam ni.... Shatul pun dengan selamba mesej lahhh Ikmal.. And banyak kali jugak laa.. ada sekali tu, Ikmal baca Al-Mulk malam ni.. and dia mesej

" Sedap bacaan awak.. Jangan lah pakai baju kuning tu dari jauh boleh nampak..."
actually aku tak ingat apa dia mesej, tapi lebih kurang macam tu laa.. HAHAHA...
tapi setiap apa yang Shatul mesej, Ikmal akan blas, waalaikummussalam... :)

And saat akhir, sebelum kami nak balik KL, akhirnya Shatul mesej..
"balik dulu ya.. maaf selalu kacau awak.. Katak.." macam tu kot ayat dia... pun aku tak ingat... tapi ada katak2 lah.. sebab Shatul memang panggil Ikmal as katak...
dan, menakjubkan, Ikmal balas... "waalaikummussalam, okay, hati2 balik.. :)" wahhhh. sepanjang perjalanan Shatul tersengih2.. yang lawak boleh pulak orang bas tu pasang cerita "SYURGA CINTA" sebab nya, nama budak kecik tu dalam cerita ni "IKMAL"... so, bila IKMAL, IKMAL, IKMAL je... Shatul ketawa.. hahahaha angau lah tuuu~ aku fahamm...

dan lama dah balik ni, Shatul mesej dengan dia.. Dia kata dia nak kawan dengan shatul... wahhh! chaiyok lah MAL! anis sokong lah! teruskan usaha! hahhaha...  aku doakan kan korang.. hehehe kalau dapat anak mesti comel.. ONG GEDEK2, ONG GEDEK2... hahaha

tapi, kadang kadang aku terfikir, kenapa Allah kenalkan kita dengan orang orang lain sedangkan kita hanya akan terima satu je jodoh.. Maksudnya, kenapa kita kena bercinta dengan dia, jatuh cinta dengan dia atau dia, sedangkan akhirat nanti, jodoh kita cuma seorang. Why not, kita just jatuh cinta kat dia, bercinta dengan dia and kahwin dengan dia selamanya.. Hanya dia... So, tak perlulah kita nak kecewa ann? tapi apa boleh buat, nak bahagia, kita kena tempuh yang susah tu... bak kata IKMAL kan Shatul "manusia sekarang tak pernah bersyukur.." HAHAHA... tak perlu lah kita nak blas apa2 sebab kata IKMAL lagi

"Kalau awak nak tahu, dosa sesama manusia ni Allah tak ampun tau....." :) nice right?

emmm.. Aku tengok shatul dah semakin bahagia tu... Tak sangka kali ni dia betul betul kuat dan cepat lupakan kisah pahitnya.. dia bahagia dengan life dia and dia kata dia akan tunggu jodoh dia... dia tak nak jatuh cinta lagi... sakit sangat lah kot... memang sakit pun jatuh cinta ni... aku faham.. Cuma jalan cerita nya je lain lain... Bergantung pada orang tu sama ada ikhlas atau tidak terimanya..

apa apa pun, aku sentiasa doakan antara aku, Farah, Shatul, dan Faziera akan cintakan orang yang cintakan kami.. dan dijodohkan dengan orang yang sentiasa hargai kami, mampu didik kami, jaga kami dan anak2 kami, serta terima kami seadanya kami... cukup sekadar sederhana, tapi kasihnya seluas kasih ibu bapa kami... :')

Comments

Popular Posts