Mimpi Semalam..

Assalammualaikum..

Berdebar jantung ni tat kala, aku bangun dari tidur.. aku menangis dalam tidur ku.. Sedari dari tidur, rupanya aku hanya bermimpi.. Kenapa mesti dia yang aku ingati?

Mungkin sebab semalam aku keluar dengan Faziera.. Setiap apa yang aku lakukan, aku teringat, di sini, di situ aku dan dia bersama, ketawa, bergurau... huh! Nama kau tetap ada dalam otak aku.. Andy Solihin.. Ringkas je nama tu... tapi perkenalan dengan kau memang mengundang sejuta rasa sakit dalam hati aku..

Aku rasa sakit nya lagi.. Aku menangis, aku terfikir, kenapa semua ni terjadi? Kenapa dia mesti buat semua tu kat aku? Aku sakit hati.... Akhirnya aku hanya terus menerus menangis.. Aku harus lupakan dia.. aku harus memendam rasa... aku diam kan saja, sebab aku nak lupakan segala yang sakit pada perkenalan itu..

Aku tak tahu lahh, apa salah aku sehingga dia boleh buat aku macam ni.. aku masih mampu ketawa kalau kawan kawan aku bercerita soal dia... Aku tahu dia orang marah, aku tahu dendam tu tak akan tamat, tapi aku masih ketawa dan tersenyum sebab aku nak kawan kawan aku tahu yang aku kuat.. aku ikhlas terimanya.. Aku redha.. Aku taknak kawan kawan aku berdendam kerana aku, aku tak nak kawan kawan aku melakukan dosa kerana aku, Aku sayang kan rakan rakan aku..

Biar lah dia bahagia dengan hidup dia... Aku selalu doakan dia...

"Ya Allah, hilang kan rasa sakit ini, lenyapkan rasa dendam ini, pupuskan setiap kenangan pahit itu supaya aku tidak lagi menangis, supaya aku sentiasa menerima nya, supaya aku sering tersenyum menempuhi ujianMu... kerana aku nak jadi manusia yang sentiasa redha dengan ketentuanMu, ikhlas dengan kejadianMU... Bimbing aku kejalan yang benar...." :')

Comments

Popular Posts