Petang Jumaat!

Assalammualaikum.. :)

Huh! hye2!! ni nak berceloreh ni... pasal apa yang aku jumpa time hang out dengan Faziera jumaat lepas.. Jumaat hari tu, aku pagi pagi dah bangun nak buat kek.. Buat untuk Faziera actually. Agak aku hang out dengan Iera and adik adik dia je.. Tapi best lahh.. Tapi kalau ada empat2 atau bertujuh mesti lagi best en?

Sampai sampai je terus ambik duit.. Then lapar gila kot! Gara-gara nak siapkan kek aku tak sempat makan. so pujuk Iera makan. Dari burger king kita orang pergi Carls jr. tak jadi terus Mc Donald tak jadi, naik balik burger King.. Memang aku suka berjalan jalan round tempat yang sama.. HAHAHA..

Habis makan, memang lega la perut aku ni.. Tengok jam dah pukul berapa ni wei...? Okay2 awal lagi.. Iera ajak tengok wayang. Aku pun tak kisah lah, lagi pun lama dah tengok wayang. Cerita apa ni wei?? AjiBoy? Tak pernah dengar pun? HAHAHA tapi not bad lah cerita tu.. Boleh laa~

Tapi bukan pasal AjiBoy wa nak story.. Tapi masa beli tiket AjiBoy tu.. Cer teka aku jumpa siapa? Pelakon! tapi aku tak tahu nama dia.. HAHAHA... kata Iera nama dia Azli.. Aku tahu dia tu klon Remy Ishak.. HAHA.. dia ada jadi pengantin lelaki dalam video klip "sesaat kau datang by Ramlah Ram ft Sleeq" kalau korang rajin nak tengok lah kan? hahaha..

Tak nafi dia kacak, tapi aku tak de lah addicted macam Faziera tu.. Over lak dia menggeletik sampai satu tahap dia tak tahan lah katanya, dia pergi tegur "Hye Abang Artis!" hahahaha segan aku kat situ.. Artis tu pulak boleh gelak je, and blaa.. Anyway, dia punya gf tu, gf lah kot tak tahu la, sangat cerewet.. Mati lah kau! hahaha.. Jahat jugak aku ni... tapi rasa macam perempuan tu artis jugak la, sebab dia asyik tutup mulut dia dengan tisu. Yang abang artis tu pulak dengan Sunglasses dia, HOT lah jugak.. Tapi tak boleh kalah kan Kim Beom aku lah! hahhaaha

Then, habis je movie aku jalan jalan, cari hadiah untuk somebody... Tak boleh sebut nama dia, dia pembaca blog aku, kang kantoi.. HAHAHA.. Nanti kau akan tahu siapa, one day! aku akan upload, jangan risau.. Tapi seorang tu perempuan and seorang lagi lelaki.. Tak sabar nak bagi hadiah tu.. Tapi yang untuk lelaki tu, aku tak tahu nak bagi ke tidak.. Segan lah pulak nak bagi.. Hehehe.. Tapi aku dah pernah janji dulu..

"Sayang, nanti sayang kena beli kat ayang bear2 pink tu.. Kena jugak.."

"Benda lain tak boleh ke ayang?"

"Tak boleh! Ayang nak yang tu jugak tau ayang! Kalau tak ayang merajuk..!"

HAHAHA mengada kan dia.. Dia best friend aku kat KMP.. Bukan bf yek... jangan salah faham... Dia sangat comel orang nya.. Cute! Pusat Islam lagi tu! Banyak benda yang aku tak tahu pasal dia.. Dia anak yatim tau.. Dulu kecik2 dia seorang pemberontak. Dia pernah hampir nak bunuh mak dia sendiri.. Tapi lepas mak dia meninggal, dalam pelukan dia pulak tu, dia mula berubah.. Ya! sekelip mata saja kita boleh berubah.. Aku nampak dia menangis waktu tu cerita kan kisah hidup dia. Dia menyesal sebab selalu degil. Dia berubah. Tak sangka, perubahan dia adalah jauh lebih baik dari dulu... Sebab tu nak kata dia alim, tak de lah alim sangat. Pegang je tangan perempuan, tapi laju je mulut dia kata "batal air solat aku" memang mintak kaki dari aku! HAHAHA...

Tapi alhamdullillah.. Dia dah tak macam pertama kali aku kenal.. Dia mula accept aku.. Memang lah tak lari dari sikap menyakat dia, normal lah lelaki, tapi dia dah tak kerek sangat. Dia dah pandai bergurau.. HAHAHA.. aku suka kawan dengan dia.. Dan aku harap dia akan jadi kawan aku selamanya.. MFAS! :')

Comments

Popular Posts