KAKOM

Assalammualaikum....
Hye kalian di sana... Di sini saya menaip sebuah kisah tentang diri saya... Saya..... "DAH2!!! JANGAN MENGARUT LAH ANIS!!!!"

okay.. berbalik ke segmen asal aku.. Today kannn, KMP ada buat larian KAKOM... best tau! Rugi kalau tak lari, Mak Jemah!

Walau apa pun.. Yang pasti kita kena bergambar yer... Gambar untuk bilik aku dengan bilik Shatul ada kat Aina. Aku malas nak upload.. So aku copy and paste gambar yang Nadira dah upload kat facebook je lah yek...



 comel? hahaha aku tahu.. Kenapa baju lain2? HA.... ni nak story... KAKOM ni lari ikut blok. So, lari ikut baju blok.. Blok aku unik... Gabungan dua blok lelaki iaitu C2 dan C3... Hitam utk C2, dan pink untuk C3... so, nampak tak keserasian blok A3 kita orang dengan blok lelaki. Hahaha.. gatal gila aku!

anyway, disebabkan jumlah student ada 1000 lebih so kami kena dapat kan bawah 300 kalau nak sijil.. and markah.. And aku dapat.. hehehe... Macam tak percaya kan? Anyway, aku lari sendiri je.. Mula mula ada Shatul, lepas tu aku tengok dia dah hilang kat belakang. So, aku pun teruskan je lah lari.. Penat tahap cipan kau aku cakap.. 5.8 km... yang best ni baru betul merentas desa.. Lalu kampung2, ada sungai semua.. Dulu zaman sekolah, jalan raya saja..  Anyway aku rasa seronok gila lahh...  aku suka... Satu kepuasan bila aku mampu buat dengan usaha.

aku harap Allah akan kuatkan usaha aku nak belajar macam tu... Semoga PSPM akan datang tak lama lagi, lagi 16 hari kot akan baik2 je.. AKu tak de lah mintak 4.0 flat, kalau dah 3.0 pun alhamdullillah... Aku harap Allah buka kan pintu hati aku untuk exam kali ni, lancarkan segalanya.. Aku tak nak balik sebelum tahun hadapan iaitu sebelum masuk sem 2.. Aku nak bangga kan mak ayah aku. tu je... Bagi lah aku peluang nak bukti kat mama and ayah yang aku pun boleh buat... Aku nak buat mak ayah aku bangga dengan aku jer... sebab aku ada cita2 yang tinggi kalau aku berjaya nanti... Semoga Allah selalu ada sisi aku and rahmati segalanyaa.... :)

Comments

Popular Posts