Aku janji Kawan...

Assalammualaikum.. 


hari ini, semalam, kelmarin, esok, lusa dan tulat juga aku ingat kat dia.. Aku tak tahu kenapa wajah dia tak pernah lari dari berputar kat otak aku ni.. Aku rindu setiap saat aku ada depan dia.. Melihat senyuman dia.. Andai masa boleh berputar kembali, aku nak sangat balik ke waktu tu... Aku nak hargai setiap saat tu. Aku nak nikmati nya sebahagia yang boleh.. Tapi ia tak mungkin berlaku lagi. Masa tetap akan berjalan tanpa lelah, terus bergerak tanpa melihat ke belakang lagi... 

Aku nak jumpa dia.. Itu yang aku rasa sekarang. Aku nak jerit kat dia, aku sayang dia.. Tapi aku tahu kalau aku jumpa dia pun, mesti aku akan kelu seribu bahasa.. Aku tahu kalau jumpa dia pun aku hanya mampu tunduk kan wajah aku. Aku takkan mampu nak berkata kata macam dulu lagi, bergambar dengan dia lagi. Sebab aku tak nak dia tahu yang aku berharap kat dia.. Aku nak tengok dia bahagia.. Kalau boleh aku nak balik ke zaman dulu. Aku suka dia, aku sayang dia tanpa dia ketahui pun. Aku lebih rela macam tu. Aku dah cukup bahgia mencintai dia dengan cara aku.. Tapi.... Kenapa KAU tunjukkan juga kebenaran yang selama ini aku simpan, Ya Allah.. Kenapa mesti dia baca halaman tak seberapa ini.....!! Bagaimana dia tahu kisah hati ku! Bagi tahu aku!!!!! 

Ya Allah, sakitnya hati ini. Biar lah aku terus menangis sendirian. Aku just nak dia yang dulu. Tak kisah pada aku. Tak rasa janggal pun kawan dengan aku. Tak rasa pelik pun nak bercerita dengan aku. Tak rasa risau pun nak bergurau dengan aku. Aku rindu semua tu. Dia pernah kata "Saya sayang Awak.." Tapi aku tahu maksud dia. Aku bahagia. Tapi aku tahu maksud nya. Dia maksudkan dia sayang aku sebagai kawan dia.. Aku tahu semua tu,, Aku tak pernah salah tafsir semua tu... Aku tak pernah lupa siapa aku pada dia. Hanya kawan. Kawan. Selamanya KAWAN.... 



aku sedar diri ini.. Aku tahu sampai bila bila pun aku tak layak untuk mencintai dia.. Tapi salahkan aku nak terus menyintai dia... Bukan keinginan aku untuk mencintai dia.. Aku tak tahu nak luahkan kat siapa betapa aku sangat sayangkan dia tapi aku tak nak berharap dia jadi kekasih hati aku... Shatul tak akan faham. Shatul selalu kata aku tak faham apa dia rasa. Mungkin betul. Aku tak tahu macam mana rasa disakiti orang yang bercinta dengan kita. Tapi Shatul pun takkan faham apa aku rasa. Mencintai orang yang tak sepatutnya kita cintai lagi sakit. Lagi lagi dia kawan kita. Lari macam mana pun dia ada kaitan dengan aku. Scandal aku dengan dia masih je kedengaran kat mulut kawan kawan aku. Agaknya macam mana aku nak lupakan dia kalau setiap saat aku terleka pasal dia, ada je yang ingat kan aku kat dia.. keadaan sekeliling pun bagaikan mengejek aku.. 

Aku nak balik sekarang, tapi aku tak nak jumpa dia lagi.. itu apa aku rasa sekarang. Aku terasa ingin bercerita.. Tapi aku tak pandai bercerita... Aku tahu Shatul mesti akan terasa setiap kali dia nampak aku menangis dan tak nak bercerita. Aku tahu.. Aku dapat rasa perasaan dia bila dia tak cerita kat aku yang dia nangis sebab si dia.. Aku dapat rasa yang diri aku tak  penting untuk dia. Bukan kawan yang baik. Aku dapat rasa semua tu.. Tapi, macam mana aku nak mulakan..? Aku malu nak bercerita. Aku tak pandai untuk meluahkan. Hati aku terlalu ego untuk bercerita... Hati aku terlalu sukar nak luahkan dan aku ambil jalan untuk menulis saja apa yang aku rasa di dalam sebuah buku hati ku... 

Aku tak nak dia sedikit pun rasa yang dia tak penting dalam hidup aku. Aku nak dia terus ketawa untuk aku.. Aku nak dia tahu bila dia ketawa, ia buat aku lupa masalah aku, buat aku tak terfikir pun pasal hati aku yang sakit ni. Aku nak dia tahu aku bahagia. Sentiasa bahagia dengan dia. That's why aku tak nak bercerita.
Kawan, 
Tak kisah lah apa kau nak cakap, sama ada aku nangis ingat kan dia yang pernah sakitkan hati aku ke, atau sahabat baru aku yang kau kata dah buat aku jatuh cinta ke, aku tetap dengan pendirian ku. Aku takkan bagi tahu kau apa yang aku rasa. Aku tak nak kau risau kan aku. Aku tak nak rosakkan kebahagiaan kau. Aku gembira tengok kau edit gambar kau dan dia serta bayi kalian. Aku senang tengok kau ketawa, sebab tu biar lah aku nangis sorang sorang. Aku tak nak kau pun menangis kerana aku. Aku tak nak rosakkan hari bahagia kau, sebab aku nak kau hargai setiap hari bahagia kau. Aku tak nak kau terus menangis dan ingat kan kenangan kau. Aku tak nak kau terus merindui seseorang sehingga kau rasa nak menangis. Aku sayang kau sangat sangat wahai sahabat. Jadi maaf kan aku andai aku tak mampu jujur pada kau..

Kawan,
Aku bahagia kalau kau bahagia. Aku nak selalu je ada untuk kau. Aku nak selalu jadi pendengar yang baik untuk kau.. Tapi maafkan aku sebab tak nak berkongsi dengan kau. Aku tak mahu kau tahu sedikit pun rasa sakit yang ada dalam hati aku ni.. Maafkan aku kawan.. Maafkan aku... 

Aku bersumpah walau sakit macam mana pun hati aku, aku tak mungkin akan rosakkan hari kebahagiaan kau kerana ia... Aku janji.... WFAH...... :')


Comments

Popular Posts