Hanya Sekadar Coretan Hati

Buat kau yang sering aku cinta,

Hati ini telah lama kau curi, tanpa aku sedari kau mengambilnya.. Permulaannya, begitu baik saja. Kau hadir dan terus menyumpurnakan hari hari aku. tanpa aku sedari aku telah leka dengan kisah cinta yang aku ciptakan sendiri. 

Kau tersenyum dan ketawa. Segala yang kau berikan begitu membuat kan aku teruja. Aku mula bermadah bersendirian. Bagaikan dunia milik aku seorang.

Lama kelamaan, kau mengetahui rasa cintaku. Kau tidak lagi tersenyum pada ku. Kau pergi tinggal kan aku, aku lemas dalam sepi. Hujan yang turun ke bumi, membawa rindu ku pergi. Kau pergi setelah hati ku kau tawan. Mengapa? Mengapa kau takut dengan aku? Mengapa? Mengapa berjanji yang kau akan tetap berteman dengan ku, andai kau tak rela.Mengapa? Mengapa kau harus sedari tentang isi hati ini?

Aku hanya mampu mengambil tahu tentang kau dari jauh. Aku hanya mammpu kirimkan doa buat kau. Cinta aku kini telah di bawa pergi oleh kau. Aku tidak tahu kenapa? Sukar untuk aku lupakan kau. Aku cuba mengenali yang lain. Aku cuba untuk melupakan kau, dan menerima dia, namun aku pasti akan teringat kan kau! saat itu juga air mata ku murah saja mengalir. Bila ditanya, aku akan tersenyum dan ketawa, habuk masuk. Aku cuba menutup rasa sedih ku. aku cuba lupa kan segalanya tentang kau, tapi kenapa sukar. 

Pulangkan! Pulangkan cinta aku...! Aku ingin kan nya kembali. Aku tak sanggup untuk terus mencintai kau. Kau memang kejam...! kau tipu aku! Kau janji lain, tapi lain yang kau lakukan. entah kenapa aku begitu marah kau ni? 

Kenapa? Kenapa aku terlalu cintakan kau? Kenapa? Kenapa?? Soalan yang hanya bagaikan angin berlalu. Ingin dikatakan aku pernah sukakan orang lain sebelum ini. Ada.. Tapi mungkin hanya sekadar minat. Ia tak sesakit apa yang kini aku rasa. Kenapa? Kenapa kau? Kenapa aku perlu cintakan kau? Kau sahabat aku? Kenapa Allah pilih kau untuk aku cintai? Aku tak sanggup lagi untuk terus begini. 

Aku nak berkawan dengan kau. Tapi bila aku teringat kan tentang apa yang dah jadi antara kita. aku jadi takut. Tubuh aku gigil dan air mata turun. Tiap saat, aku teringat kan kau, aku doakan kau bahagia dengan orang yang kau pilih. Semoga kau juga turut selalu doakan aku. 

Aku berdoa dengan harapan, semoga aku akan menemui cintaku yang sebenar. Aku tak mahu terus mencintai kau. kerana cintaku hanya buat seorang suami. aku berikan cinta ku yang suci buat dia seorang.. Andai kata orang itu adalah kau, aku bersyukur, kerana selamanya cintaku untuk kau, tapi kalau bukan. Aku doakan kau bahagia, dan aku mohon kau doakan yang terbaik. Dan aku harap kau tahu aku cintakan kau, dan aku nak kau tahu aku ikhlas cinta kan kau kini, walaupun ia tak mampu sampai ke pada kau.... Terima Kasih Sahabat. :')

Comments

Popular Posts