Buat SahabatKu..

Assalammualaikum....

Sahabat,
kenapa aku dapat merasakan yang engkau semakin jauh dariku? Kenapa aku dapat merasakan ada jarak antara kita dua.. aku nak bercerita pada kau, tapi ada yang cuba menghalangnya. Ada yang mengganggu kita dua dari ingin bercerita.

Sahabat,
aku betul betul rindukan kau. Aku betul betul ingin kan kau sentiasa berada di samping aku. Aku nak kau tahu yang aku amat perlukan kau setiap masa. Bukan aku cemburu tapi aku dapat rasakan sekeliling menjauhkan kita.

Sahabat,
Bukan aku tidak mahu berkongsi. Tapi aku malu.. Aku malu dengan kegagalan aku dalam percintaan ku. Aku tak mahu kau tahu betapa sakitnya hati ku. Kau tak akan fahamapa yang aku rasa. Seperti yang kerap engkau katakan. Aku takkan faham apa yang kau tanggung. Yang aku dapat rasaadalah kesedihan kau dan aku akan turut menangis bersama kau. Oleh itu, aku tak mahu ia terjadi pada kau. Aku tak nak kau bazirkanair mata kau kerana aku. Biar kau bazirkannya hanya untuk diri kau. Bukan untuk aku.

Sahabat,
aku ingin sekali memeluk kau. Tapi apakan daya, ego membatasi segalanya. Aku terlalu ego ingin mengatakan yang aku ingin memeluk kau. Aku terlalu memendam kan keinginan hati ini. Kerana aku malu untuk menjadi lemah di mata kau.

Sahabat,
Sampai bilakah hubungan ini akan kekal? Selamanya kah? Aku takut.. Benar-benar takut untuk kehilangan kau.. Aku tak nak kehilangan kau.. Aku tak nak kita berjauhan/ Aku tak nak sesuatu yang buruk terjadi antara kita. Aku terlalu sayang kan kau.

Sahabat,
Kalau suatu ketika aku tak mampu menggembirakankau lagi, maafkan  aku... Kalau satu saat nanti,aku tak mampu pun nak melindungi kau, maafkan aku.. Aku hanya lah manusia yang lemah.. Aku hanya insan yang biasa.. Yang hanya mampu berdoa dan sentiasa mendoakan kau.. :')

Comments

Popular Posts