Sya Shatul

Assalammualaikum... hye awak semuaaa.... hari ni nak update lagi... pasal cerita yang terjadi pada sekeliling aku... so aku nak share lah sikit kat korang...

hari ini aku nak cerita tentang kawan baik aku.. dia terjumpa inspira baru dia di KMP ni..

"Anis! Anis! Shatul dah jatuh cinta KOT!" jerit Shatul pada aku ketika sampai bilik ku selepas tamat kelas. aku pun buat lah muka blurr aku macam selalu. Aku ingat kan apa lah.. Rupanya dia dok syok kat seorang laki ni... siap ingat nama panjang lagi... Muhammad Sya Ikmal  apatah aku tak ingat.. yang pasti bin Mahmud.. hahaha panjang sangat nama mamat tu..

Anyway kalau sebab Shatul syok mesti laki tu ada ciri ciri yang comel, and buat sesuatu yang baik. Shatul pun bukak lah story..

Tiba tiba ada sorang lelaki tak kenal duduk sebelah aku. Dia pakai kupiah hitam.. aku tengok biasa je. Dia duduk sebab dah tak ada tempat lagi. Aku belajar, tiba tiba cikgu aku panggil aku suruh ke depan dewan. Malu auuuu! Tapi aku nak keluar. Dia kan duduk tepi so dia keluar dulu untuk bagi aku laluan... So sweet laki ni... Then dia terlanggar tangan aku, dia kata Astaghfirrullalazim... maafkan saya.. sambil tunduk muka dia.... Dia buat Shatul tertarik nak kenal dia... Shatul pun intai intai nama dia.. Nama sya yang ada kat nama dia unik.. Mungkin Sya, Shatul, Sya Shatul.. Nampak tak chemistry kami kat situ? haha

Pernah sekali tu dia duduk depan Shatul, bahagia nya rasa.... Dia gelak comel... dia akan hehe macam tahan gelak sambil tunduk muka, and tepuk tepuk kawan dia... Apa Shatul buat dia akan gelak..

itu je apa yang aku boleh cerita.. tapi aku dah jumpa lelaki itu.. Rupanya dia adalah ketua pusat Islam.. wah! mungkin idaman Shatul.. Yelahhh, aku selalu doa aku, Farah, Iera, Shatul jumpa dengan jodoh yang baik seperti yang kami inginkan... Hari hari aku doa tiap kali solat...

Aku and shatul baru je lepas beli makanan, kami otw nak balik blok lah ni.. Terserempak dengan Sya Ikmal.. Dia tunduk tapi bila sampai sebelah Shatul dia angkat kepala dan senyum sekilas, dan tunduk balik. Bila dah jalan jauh, Shatul pun pusing belakang tengok dia, tiba tiba dia pun pusing tengok Shatul balik..

Pagi semalam aku jogging dengan Shatul, aku nampak lagi Sya tu! Selalu je nampak.. =..="
Shatul dah tersengeh sengeh. Bahagia tu minah ni.... Then, jalan tak tegur pulak dia orang tu! But bila dah jauh, Shatul akan  pandang Ikmal, yang Ikmal pun nak pandang Shatul... Dua dua pun kantoi usha sama2.. Tapi tak bagitahu..

itu aku terima lagi.. dah banyak kali sebenarnya..
Tiba tiba aku teringat waktu kami solat maghrib di masjid.. Macam biasa lah ketua pusat Islam mesti lah ada kannn... And Shatul happy jee...

Bila masuk isyak, Shatul terkejut, Sya Ikmal yang azan.. Wah! aku pun kata memang suara dia sedap sangat sangat. Merdu gila! aku suka doee~ lenggok lenggok azan dia memang sedap laaa... korang mesti akan terngangan jugak. tapi aku lagi ternganga tengok riaksi Shatul..  Tahu dia buat apa?

Dia tunduk je tersenyum dengar azan tu, tiba tiba azan habis, dia baca doa, and dia senyap jee... Dalam senyap senyap dia tutup muka pakai tangan dia, and kata "AKU SUKA DIA...." aku terkejut tau... tapi cepat cepat dia kata "YaAllah.... jangan....." And dia solat...

Hati aku kuat kata dia jatuh cinta dah.. Lagi aku yakin bila dia kata...

"Ani.. Shatul tak tahu lah kenapa kan... Tiap kali masuk dewan kuliah, perkara pertama dalam hati Shatul, Otak Shatul ialah, Mana Dia? Shatul nak tengok Dia.... Bila dah duduk, depan Shatul tempat kosong, Shatul akan doa, Biar lah dia duduk, Biarlah dia yang duduk....

aku senyum je bila dengar. Aku boleh nampak dia cerita pasal Sya dengan bahagia, bila cerita pasal orang yang dia sayang, dia mesti sedih. Aku doa dia tak kan nangis and jumpa orang yang terbaik... Aku tak nak dia cinta kan orang tapi orang sia sia kan dia... Aku nak dia cintakan orang  yang benar cintakan dia ikhlas dan hargai dia sepenuhnya...

Malam tu kami makan malam. Aku ternampak Ikmal. Dia pandang je Shatul dari jauh.. Aku pulak yang jadi musykil, apa hal mamat ni selalu je pandang pandangShatul, dia suka Shatul ke?

And hari ini, aku dengar berita. Muka Shatul nampak sedih bila dengar berita tu. Entah benar atau tidak.. Dia orang kata ketua pusat islam nak letak jawatan sebab  dia dah jatuh cinta kat seorang perempuan. Hati aku kata Ikmal suka Shatul. Ain kawan kita orang budak Ajk Kerohanian pun kata macam tu..

Tapi Shatul macam sedih je.. Dia cam sedih.. Dia kata, kalau betul Ikmal, siapa doe perempuan tu... Shatul sedih sangat ni... aku senyum jeee...

Mungkin ke mereka tu ada jodoh? Ya Allah, Kau lebih mengetahui segalanya.. Aku harap ia benar benar terjadi.. Jodoh kan mereka, Aku dah tak nak tengok Shatul menangis lagi... :')

just enjoy the song that she sang to him....


Comments

Popular Posts