Kecewa Lagi?

wahhhh! ehhh.. lupaaa...

Assalamualaikum...
wahhhh~~ lamanya aku tak update blog aku ni.. rasanya dah bersarang sarang dah... emm, sekarang aku ni hidup penuh kebosanan.. haha no more pelangi.. haha tak de laa.. okay la.. hidup kat Perlis ni ajar aku macam macam benda actually.. more be independent lah.. kalau dulu aku tak mahu asrama, sebab tak reti berdikari, sekarang aku mungkin dah matang so that aku kena jugak belajar berdikari. yelaaa... kang dah kahwin still kena leave my house kannn... haha jauh kan aku fikir? haha

by the way, aku kat sini sedikit kurang happy.. kawan baik yang amat aku hormati mengalami tekanan jiwa dan perasaan. mungkin aku patut hantar dia ke Tanjung rambutan... Mungkin laaa... hahaha
kadang kadang betul kan orang kata, orang yang selalu ketawa dan tersenyum tu tak semenstinya dia gembira.. yelaa.. bukti nya mungkin aku, dan sahabat sahabat aku.

Biar lah orang fikir kami bahagia, tapi hanya DIA yang tahu kisah sebenar hidup aku.. Masalah yang datang semakin bertambah kata kawan aku.. aku jadi sedih bila tiap kali aku kena hadap mukadia yang cemerut tu, nangis.. semua soal cinta dan keluarga..

Soal keluarga mungkin sukar tapi kenapa mesti tambah dengan kisah cinta remaja? Cinta time time ni memang bawa bencana bagi aku.. mungkin sebab tu aku langsung tak berminat nak join group "Mari Couple.." hehe..

Kawan aku nangis sebab "Si Beruk" tu... aku tak faham kenapa lah kawan aku ni baik sangat orang nyaa.... Dah terang terang lelaki tu ada orang lain, tapi kau nak jugak kat dia.. Kau still sanggup dengan dia.. Macam kena madu.. Lelaki macam tu, kalau bercinta dah berdua, kalau kahwin apa tah lagi?

aku bukan lah nak kutuk kaum adam ni, gila lah aku kutuk, sebab hero yang ada dalam hati aku adalah merupakan kaum adam.. Ayah aku... Andai kata aku ada jodoh, aku nak yang macam ayah...

by the way, kawan aku untung jugak.. lelaki tu boleh kira hebat lah jugak.. Dia tinggal kan girlfriend dia tu demi kawan aku.. walaupun lambat 7 minit dari perjanjian mereka.. tapi bahagia tu hanya pada saat  tu jeee...

Kawan, aku tahu kau bersalah sebab kau buat perempuan tu sedih.. aku tahu kau fikir yang kau kejam sebab dah biarkan perempuan tu kecewa... Lagi kau tambah sedih bila si dia tu kata dia perlukan masa untuk lupakan perempuan tu... Dia dah jatuh cinta lagi kat perempuan tu... kau kena kuat kawan...

Kau kata kau bersalah tapi kau tetap pertahankan hubungan tu walaupun kau sakit hati dengan perangai dia yang semakin lama semakin berubah.. Aku tahu kau ego.. yelaaa.. aku faham, tak mungkin kan kita nak lepas kan lelaki yang kita sayang macam tu jeee... tapi kau kena faham, buat apa kita nak korbankan diri, bertahan dengan ego kita, kalau itu buat kita sakit hati...

kau yakin dia jodoh kau ke? kalau kau yakin, kau takkan takut pun nak lepas kan dia weiii... Coz kalau betul dia jodoh kau, kau mesti akan dengan dia balik.. so don't worry laa kawan... Eumm.. kalau aku, aku lepas kan lelaki tu.. tak mungkin kita boleh tipu diri kita... orang lain kau boleh tipu, tapi aku kawan kau, tiap saat aku bersama kau.. aku bagai dapat rasa apa yang kau rasa weii... aku tahu kau sakit hati tapi kau bertahan sebab kau tak sanggup nak lepaskan dia... kau taknak menyesal macam dulu.. tapi apa gunanya kau mencintai orang yang selalu menyakiti kau....

aku sebagai kawan, dah pun usaha yang terbaik.. Aku akan sentiasa doakan kau, kawan... sungguh aku sayang kau sampai ke Jannah.... :')

Comments

Popular Posts