Aku Rindu Kau Kawan

Assalammualikum Keng Kawan's semua..

Haishhh.. Lama betul rasanya tak update blog ni.. Well busy girl.. Kali ni. aku nak story about apa yang melanda aku dan sahabat aku..

Entah apa yang jadi sekarang pun aku tak sure.. Tapi aku dapat rasa sesuatu yang berbeza. Iaitu aku makin jauh dari dia... Aku rindu saat aku bergurau senda dengan dia.. Tak macam hari semalam dan kelmarin, kami makan bersama, kami ketawa bersama, kami belajar bersama... Tapi hari ini??

Hanya dari jauh aku tengok dia belajar dengan Fadhli.. Aku nak belajar dengan kau juga. Aku cemburu dengan Fadhli.. Aku cemburu sebab dia boleh duduk dengan kawan baik aku.. Tapi aku?? Aku semakin jauh.. Ya, aku tak patut cemburu pada Fadhli.. Dia tak tahu apa-apa. Tak apa laa.. Aku tahu ni ujian kecil untuk persahabatan kami makin kekal dan makin erat..

Aku nampak dia makan. Aku tengok je.. Aku senyum. Ya, dia sedang ketawa tanpa aku.. Akhirnya, aku bawa diri.. Balik dan makan di bilik sensorang lebih baik untuk aku.. Sekarang aku tahu apa itu sunyi...

Bukan gaduh, tapi aku tetap sedih... Dia datang pada aku. Dia kata "Rindu Anis..." tapi aku tetap ego.. Aku diam. Aku tak pernah nak jujur yang aku juga rindukan dia... Ya, aku terlalu ego.. Apa lahh sikap aku ini? boleh mintak kaki kann? hahahaha.. :D tak pe laa.. tak ade apa kot..

"Atol, aku tahu ni kejap je, ni ujian singkat je. Aku percaya kat kau.. Aku tunggu kau.. Sentiasa.. Kau kan kawan baik aku dunia akhirat.. Aku pasti akan tunggu. Kau jangan risau, kau juga selalu aku rindui... Semoga hari ini cepat berlalu, aku nak kita kembali ke saat aku dengan kau begitu akrab tanpa ada rahsia sikit pun....Aku doakan kau.. Semoga aku juga sering ada di dalam doamu.....sahabat......."



p/s: Kawan tu senang je kita nak cari, tapi seorang sahabat yang benar setia pada kita, susah kita nak jumpa, jadi kalau jumpa, hargai dia, tunggu dia walaupun dari jauh... :)

Comments

Popular Posts