ku menunggu



pernahkah kita jatuh cinta pada zaman sekolah?
mesti pernah kan? antara kita jujur atau nafikannya sahaja. aku juga pernah jatuh cinta pada zaman sekolahku. memang menedihkan bila kita tak dapat memiliki cinta kita. ia seakan membunuh diri kita betul?
kini aku nak cerita kan kepada semua kisah sahabatku yang jatuh cinta pada seorang yang ego.

pertama kali lelaki itu hadir ke sekolah kerana berpindah dari sekolah lain. aku dan rakanku terpegun. tak sangka ada orang yang sangat kacak di Malaysia. masihku ingat wajah temanku ketika itu. bukan main terkejutnya dia bila melihat jejaka itu melintas di hadapannya. bagai dunia ini dia yang punya.aku tersenyum tika itu kerana yakin rakanku telah jatuh cinta.

betapa kelakarnya kisah cinta rakanku. dia sukakan lelaki yang tidak langsung dikenalinya. kira ni panahan cinta pandang pertama lah ni.

satu pagi yang kelam, aku berangkat ke sekolah bertemu dengan teman teman ku. rakanku memberi khabar yang dia sudah mengetahui nama jejaka itu. N... betapa uniknya nama kau mamat.
masih aku ingat betapa riangnya sahabat aku ketika itu. mana tidaknya sudah berbulan bulan dia mencari.

namun aku dan rakan yang lain tidak berapa menyukai lelaki itu. dia terlalu ego dan sombong. hendak berkawan pun susah. bujjet punya mamat. kata hatiku nakal.

kini rakan ku mula bersahabat dengan dia apabila lelaki tahu yang rakanku sukakan nya. dia sudi membalas sms rakanku. indahnya hari hari rakanku.

hari kegembiraan itu tidak lama. rakanku difitnah.
betapa terlukanya bila lelaki itu menemuinya dan memarahinya terus terusan. rakanku sekadar berdiam diri. dia tahu dia tidak layak untuk lelaki yang sempurna seperti N. N lelaki yang kacak, kaya dan terkenal. siapalah aku di matanya. kata temanku ketika itu.

namun cinta rakanku terhadap dia masih kuat sepeti pertama kali mereka bertemu. walaupun lelaki itu sudah ada yang lain, rakanku tetap menyatakan cinta nya yang masih kukuh. betapa tabahnya sahabatku ini mempertahankan cintanya. dan dia sering berjanji untuk menunggu nya sampai kapan pun. kerana lelaki itu telah membuatkan hidupnya tak keruan.

aku mendoakan kebahagian temanku. aku tidak mengharpkan mereka bersama. tapi aku harap lelaki itu tahu betapa besarnya cinta temanku pada dia. betapa kukuhnya cinta temanku padanya. sehingga dia masih tetap menunggu. andai bukan itu takdirnya, aku berharap akan ada orang yang lahir untuk menghargai cintanya.

Comments

Popular Posts