hebatnya cinta kau


aku masih dapat rasa debaran ketika aku berada menghadapnya. salahkah aku untuk aku jatuhcinta padanya. dosakah aku untuk mencintainya. tak sanggup rasanya untuk aku pendam kan perasaan aku padanya. aku benar benar mencintai dia. tapi aku takut. aku takut dia akan menghina cinta ku.

sakit betul rasa hati ini, bila dia tidak menegur ku walaupun kami berselisih. hatiku menangis ketika dia berlalu tanpa memberiikan senyuman padaku. aku terasa siksa sekali. betapa lukanya hati ini. hanya Tuhan saja yang tahu. 

betapa besar nya cinta kau, betapa hebat nya panahan cinta kau sehingga mampu membuat kan diriku tersiksa bagai nak mati. aku rindukan saat kita bersama. mungkin dah suratan takdir yang kita akan berpisah begitu sahaja. tapi kenapa? kenapa cinta kau begitu menyiksakan aku. kau kata kau akan bahagiakan aku.. tapi.. kau menyiksa jiwa dan raga ku. hancur hatiku tika melihat kau bersama gadis lain. aku menangis dengan sendu tiap kali aku bermimpi tentang masa itu. tak sanggup untuk aku laluinya.

Ya Allah, aku mohon kau ciptakan sesuatu yang baik buatku untuk melupakannya. aku tak sanggup lagi untuk menderita kerana menahan sakit sesak di dada. luka di hati aku sudah tak mampu untuk dirawat lagi. aku benar benar terluka kerana kau. andai kau tahu apa yang ku rasakan, aku yakin kau tak akan melakukannya. tapi ini lah takdir yang telah Dia ciptakan buat kita. semoga kau dan aku akan mendapat kebahagian akhirnya.
aku cinta kan kau tapi aku lebih mencintai DIA yang ESA..

Comments

Popular Posts