cinta monyet




hari ni, aku nak story pasal kisah budak sekolah bercinta. makin lama makin ramai pula budak budak sekolah yang sibuk bercinta. dan aku pun mula confuse sebab ada yang bercinta sebab betul betul sayang, atau just nak tunjuk tunjuk yang dia ada balak atau awek. kalau kes yang second tu memang lawak ah. buat aku nak gelak je. buat apa nak bujjet yang kita ada awek atau balak. apalah.. so today jom baca pasal cerita cinta ni.

dia budak form 2 yang sangat comel. budak baru juga dalam sekolah ni. matanya tercari cari mana kelas baru yang akan didudukinya itu. tat kala itu matanya tertacap pada tubuh yang agak sasa, tinggi sekali. oh, memang lah, kata olahraga sekolah. dia tersenyum melihat wajah itu. kacaknya.

"hai.." tegur seorang gadis.
aku terkejut bukan main. "hai..." dari situ perkenalan antara aku dan dia terbina. aku jujur dengan sahabat ku itu yang aku sukakan lelaki olahraga itu. hampir setiap waktu, kami akan ke tandas untuk melalui hadapan kelasnya itu. untungnya sebab dia duduk dekat je dengan pintu depan. senang wa nak usha beb.

tapi kegembiraan itu tak lama, aku nampak dia dengan seorang perempuan. mesra gila. jelous gila aku tengok. rasa nak nangis tengok pujaan hati malaya kita dengan awek cun lain. menusuk kalbu. baru aku faham perasaan orang yang putus cinta. patut lah ada yang sampai nak bunuh diri. malam pertama aku nangis bagai nak rak. bila kakak aku tanya kenapa, aku kata sedih sangat tengok cerita indon ni. 

masa berlalu laju gila.
aku kelam kabut cari buku KH aku, rupanya terselit antara buku teks PJ dengan Math. aku tarik je sebab nak cepat. waktu jugalah ada sampul surat yang terjatuh dari buku tu. cepat-cepat aku kutip, takut kawan aku nampak. 
malam aku di penuhi dengan macam macam bayangan. aku terfikir pasal surat tadi. untuk aku ke? aku keluarkannya dari bagasi sekolahku. dan terus buka tanpa baca bismillah. gelojoh yang amat.
surat tu berbunyi.
"hai, boleh kita berkawan? saya dah lama teringin nak kawan dengan awak. kalau nak sms saya. ni num saya.
0175399738"
aku pun tanpa berfikir panjang terus sms. biasa lah, budak budak. 

lama lama kami jadi rapat. dia minta couple dengan aku seyh. aku laju je balas yes. sebab aku pun dah syok kat dia. hehehe lupa terus aku kat mamat olahraga tu. haha

ramai orang kata kami nampak sweet, tapi kisah kami tak se'sweet' cerita cinta kami.
kawan baik dia sukakan aku. apa ni? mamat tu selalu je cuba nak dekat dengan aku. aku just kawan tapi orang kata lain. akhirnya benda buat aku and dia macam dingin je. aku tak tahu macam mana nak cakap. aku tak tahu macam nak jujur yang aku sayang kan dia seorang saja. mungkin orang kata cinta monyet, tapi aku betul betul sayang kan dia. dia terlalu baik dan memahami aku. dia tak pernah jemu atau mengadu tentang apa yang aku buat. 

akhirnya, hubungan kami senyap macam tu je. aku tak kenal dia, dan dia tak kenal aku. macam gantung tak bertali je. tak putus tapi macam dah putus.

tahun ini aku dah naik form 4. macam macam hal dah jadi kat aku. aku dilantik jadi penolong ketua pengawas sekolah. besar gila tanggungjawab aku. kawan yang paling aku sayang sentiasa ada menemani aku dan mendorong aku dalam apa jua kerja. mataku memerhati dia. insan yang amat aku sayang. dia cinta aku di sekolah ini. rindu rasanya nak berbual dengan nya seperti dulu.

satu hari tanpa aku sangka, dia memanggilku. terkejut bukan main aku. 
dia kata dia masih sayangkan aku. dan dia nak aku jadi kekasih dia buat kali kedua sampai bila bila andai mampu.
aku terima. Tuhan saja yang tahu perasaan aku, gembira nya. tak terkata. aku khabarkan pada 3 orang kawan baikku. tapi dia orang macam tak terkejut je dengar. kini aku tahu, dia orang yang rancang aku dengan dia balik. terima kasih korang. aku bahagia sangat. tak sangka betul dia dan aku boleh berbaik kerana sahabat sahabat aku. nanti i belanja you all makan nasi minyak time kenduri kahwin kakak i. hehe

tak sangka sekarang dah form5. aku still dengan dia. tipu lah dalam masa yang berlalu itu aku dan dia tak bergaduh. ada juga, salah dia, salah aku, tapi macam aku lagi banyak buat salah je lah. haha
aku harap sangat dia dapat jadi kekasih awal dan akhir aku. hari ini ulang tahun kami. aku bagi dia hadiah dompet kulit. itu pun kawan aku yang pilih. aku bagi pun sebab dompet dia hilang, harap dia suka. 
tak lama birthday aku sampai. tak sangka dia buat suprise untuk aku. dress yang dia bagi cantik sekali. aku tersenyum tiap kali tengok dia. dan tiap kali aku rindu dia, aku akan peluk teddy bear yang dia bagi waktu ulang tahun ku masa aku form2 dulu. 



mungkin orang kata cinta zaman sekolah itu just nak suka suka tapi bagi aku cinta aku dan dia sangatlah bermakna buat kami. ini semua bergantung pada hati masing masing dan niat masing masing. kalau kita tahu menghargai seseorang dia pasti akan menghargai kita. harap awak dan saya akan kekal selamaya. 
thank you awak.

Comments

Popular Posts